Monday, May 27, 2013

Rancangan asas mula bisnes butik

Miliki sekarang keterangan lanjut dan tempahan di sini http://mulabisnesbutik.blogspot.com/


Sumber: Bab 2 Ebook Mula Bisnes Butik Online Offline


Perancangan.
Perancangan asas yang perlu ada ialah seperti berikut;
·         Analisis produk
·         Analisis bakal pelanggan
·         Mengumpul modal
·         Mencari lokasi yang sesuai
·         Pilihan secara online atau konvensional
·         Kaedah pemasaran
·         Pengurusan stok, pekerja, promosi bergerak, menentukan harga produk
·         Mengenalpasti bengkel dan seminar untuk pengetahuan asas seperti seminar borong, bengkel menguruskan laman web, seminar kewangan dan apa sahaja bentuk pengisian ilmu usahawan.

Panduan Membuka Butik
·         Kriteria produk yang dipilih, dekorasi, promosi dan pengurusan kakitangan adalah beberapa perkara yang perlu diambil berat sekiranya memilih untuk memulakan bisnes butik.
·         Susun atur produk jualan adalah salah satu teknik yang perlu ada pada pengusaha butik. Kreatif dalam dekorasi butik adalah perlu agar ia menarik dan memberi keselesaan kepada pelanggan.
·         Perlu ada segmentasi yang berfokus. Jangan dicampur aduk pakaian lelaki di tempat pakaian perempuan. Begitu juga dilonggokkan pakaian kanak-kanak. Ini membuatkan keadaan butik berserabut. Jika memilih untuk menjual pakaian jubah, fokus kepada pakaian dan kelengkapan yang berkaitan. Jika memilih untuk menjual baju kurung, letakkan ia dalam satu kelompok.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin