Monday, May 13, 2013

Etika usahawan online tips wahm soho

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah sudah 14.5.2013. Sudah ramai yang menjana pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Maksudnya bekerja dari rumah bukan lah satu perkara yang sia-sia, atau hanya impian semata.

Tips suri bekerja dari rumah: Jaga Emosi

1. Ketika anak sedang melalak, pelanggan bertalu-talu tanya order. Bertahan dan bertenang sahaja. Pelanggan tak nampak pun kalian tengah cemas kiri dan kanan. Jawab sehabis baik, atau tinggal lima minit baru sambung. Bimbang nanti apa yang kita tulis berbaur emosi, pelanggan tak jadi beli.

2. Bersedia dengan apa sahaja risiko. Salah satu risiko biasa, pelanggan mahu esok sampai esok juga, walhal baru tu dia bayar. Sabar juga, jawab dengan baik dengan jujur.

3. Jangan menyalahkan sesiapa. Berusaha memperbaiki keadaan, siapa pun tidak salah, kadangkala ada perkara berlaku diluar kawalan kita. Belajar untuk bersabar dan menangani masalah. Nama pun pengurus rumah tangga dan pengurus online kan, urus sahaja masalah itu dengan baik.


4. Kanta kunci di sini, jaga emosi, sabar, usaha luarbiasa. Lagi informasi persediaan bekerja di rumah di sini yawww.janawangdirumah.com. Ini pula panduan hebat tak hebat cabaran bekerja di rumah kisah benar boleh baca di sini http://superwahmsupermom.blogspot.com/


Tips suri bekerja dari rumah: Jaga emosi pelanggan
Tadi emosi kita, ini emosi pelanggan pula.


1. Jangan sesekali bertanya pelanggan bertalu-talu.
"Hai lah kak, bila nak bayar ni?
"Hai lah kak, saya dah simpan barang ni, jadi ke tidak!!!
"Ada!!!

Pelanggan rasa, 
-Ingat aku ni tak ada duit sangat ke, ditanya bertalu-talu. Tak jadilah nak beli.
-Jangalah guna !!!- dilihat sebagai kurang sopan.

Tukar
-Tanya dengan baik. Barang ini saya sudah simpan, kalau tidak mahu saya akan jual kepada orang lain. Stok juga terhad. Jangan tanya lagi, jika betul dia mahu, dia akan bayar segera.

Kata kunci di sini, jaga emosi, jaga bahasa, jaga etika, usaha luarbiasa. Lagi informasi persediaan bekerja di rumah di sini yawww.janawangdirumah.com. Ini pula panduan hebat tak hebat cabaran bekerja di rumah kisah benar boleh baca di sini http://superwahmsupermom.blogspot.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin