Teks: Masayu Ahmad
Penulisan adalah salah satu cara yang boleh diambil peluang oleh suri rumah untuk mendapat pendapatan berterusan. Ia dipanggil royalti. Pun, begitu ramai yang kata tidak pandai menulis. Sebenarnya semua orang boleh menulis, perlu tahu teknik dan cara sahaja.
Tulis catatan harian
Menulis setiap hari adalah perlu, untuk melatih kita berfikir dengan pantan dan idea menulis lancar. Permudahkan dengan menulis apa sahaja yang berlaku setiap hari. Ia bermula pagi hingga malam hari.
Ambil pengajaran yang berlaku pada hari tersebut, catat dan tulis ia sebagai pengalaman sendiri, atau boleh berkongsi di blog.
Melalui cara tersebut, ia kaedah termudah untuk melatih menulis dengan baik. Sebagaimana budak kecil yang baru belajar merangkak dan bertatih. Anak kecil tidak kenal putus asai, bangun, jatuh, terduduk tetapi meneruskan usaha untuk berjalan.
Lama-kelamaan ia akan laju berjalan dan berlari.
Konsisten berlatih
Menulis juga perlu konsisten, sama ada tujuannya untuk penulisan informasi di blog, atau sasaran untuk dibukukan atau atau dijadikan ebook.
Lihat kepada apa tujuan sebenar menulis.
5 manfaat menulis
1. Jika kalian menulis di blog berkongsi kepakaran sedia ada, pilih yang paling minat dan sangat berpengalaman. Jika anda usahawan online, boleh berkongsi apa sahaja aktiviti harian dan mingguan. Catat dan selasarkan poin penting dan terbitkan ia sebagai ebook.
2. Travelog- selain sebagai ebook, blog juga sangat bagus untuk berkongsi pengalaman menjelajah ke negara luar. Tulis semual pengalaman tersebut, melalui catatan harian. Ia juga boleh dibukukan dan dijadikan ebook. Jual semula dan dapat menjana pendapatan berterusan.
3. Informasi produk atau perkhidmatan. Blog yang bagus adalah sentiasa dikemaskini, lama-kelamaan blog tersebut menjadi rujukan.
4. Penjenaman diri. Apabila kalian ingat nama saya Masayu Ahmad, kalian mesti ingat berkaitan bekerja di rumah. Ia sudah menjadi penjenamaan secara tidak langsung.
5. Iklan percuma. Apabila kita konsisten menulisa, blog sudah padat dengan infomasi. Jadai trafik juga adalah tinggi. Mesti kita seronok apabila kedatang pembaca, 500 hingga 1k sehari kan. Jadi apalagi, sudahnya ada orang datang dan jenguk rumah kita, makanya boleh selang selikan dengan produk atau perkhidmatan. Tidak ada siapa pun marah. Tukar pembaca kepada pelanggan. ;) Ya saya akui kebanyakan pelanggan saya atau pembeli buku saya, adalah majoritinya datangnya dari blog ini. Alhamdulillah, terima kasih
Kelas asas blog & penulisan dibuka semula, yuran RM130, hubungi saya dan mendaftar sekarang. Lihat protege Aishah dan Fatin, antara protege yang saya sudah boleh lepaskan tanpa pemantauan. Dua blog ini sudah pun melepasi standard dan sudah boleh berdikkari. Kak Aishah juga sudah menjana pendapatan dari hasil blog. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment