Wednesday, May 8, 2013

Sudah menghampiri setengah tahun, sekejap sahaja masa

Teks: Masayu Ahmad

Sayup berkumandang azan subuh 9.5.2013. Alhamdulillah untuk satu hari lagi diberi peluang menyelesaikan tanggungjawab. Demam saya masih kebah tak kebab, tapi tidak perlu dilayan sangat. Itulah kan kita sebagai ibu, perlu juga menyelesaikan mana-mana yang tidak sempat walau kurang sempurna.

Semalam sudah bermula sesi mengaji pada waktu malam, hanya hari Selasa, Rabu dan Khamis sahaja. Petang hari saya perlu pecut agar anak-anak dapat siap makan rehat dan jam 7.10 ayah mereka sudah hantar sebelum maghrib. Jadi mereka berjemaah maghrib sambung mengaji kemudian isyak. Saya hantar di sekolah tahfiz persendirian. Anak-anak yang lain sudah remaja, hanya Hakim, Arif dan Aiman sahaja yang masih kanak-kanak menumpang khidmat ustaz. Harapnya berjalan lancar sebagaimana yang saya mahu. Mengapa saya tidak mengajar sendiri? Disamping kesempitan masa, saya sarankan mereka berguru diluar dan mempunyai persekitaran pembelajaran, dan saya juga sedar diri tidak semua saya boleh uruskan serentak. Tambah pula saya kurang penyabar jika mengajar, dengan kerenah Hakim sekejap sakit tangan, sakit perut, sakit mata itu dan ini, hailah anak-anak kan.

Sejak demam beberapa hari lepas, badan masih lagi rasa kurang sihat. Agak berlanjutan kali ini, pun begitu ia bukan alasan. Cuma saya perlahankan aktiviti, tidur lebih awal.


Rancang bekerja di rumah di sini 


Cabaran bekerja di rumah, perkongsian di sini

Mahu belajar asas blog dan siapkan ebook, daftar di sini ya http://belajarasasblog.blogspot.com/


Mula bisnes butik online/offline, keterangannya pula di sini http://mulabisnesbutik.blogspot.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin