Sunday, May 26, 2013

Definis fokus produk



 miliki sekarang, beli di sini ya klik http://mulabisnesbutik.blogspot.com/

Sumber: Bab 4 Mula Bisnes Butik Online Offline
Definisi fokus produk
Fokus produk sangat penting untuk memberi keunikan dalam bisnes yang dipilih. Fokus produk sangat berkait rapat dengan pasaran unik contohnya butik pakaian ibu hamil, pakaian untuk pekerja profesional.

Niche atau boleh disesuaikan sebagai ‘fokus produk’ untuk industri fesyen. Apa fokus produk yang memberi keunikan butik anda dan perbezaan yang jelas berbanding butik pesaing.
Fokus produk  boleh dijadikan sebagai satu strategi berkesan. Ia menjadikan anda fokus kepada siapa pelanggan sasaran yang terdapat dalam ‘khalayak industi fesyen dan tekstil’.

Sekiranya anda menarik semua orang untuk dijadikan sasaran pelanggan, ia adalah sukar berbanding membuat ‘fokus produk’ sahaja. Iaitu mengenalpasti siapa pelanggan anda yang sebenar.
Anda sudah memilih produk untuk sasaran khusus, jadi sangat mudah untuk merangka promosi. Contohnya fokus produk keperluan persediaan berpantang. Sasaran pelanggan ialah, wanita hamil, pasangan muda yang menerima cahaya mata. Produk yang berkaitan seperti, produk pemulihan dalaman dan luaran, juga perkhidmatan penjagaan di dalam pantang dan selepas pantang.
Jika ini dikategorikan dalam butik dan aksesori ‘jual produk pakaian hamil dan keperluan di dalam pantang’.

• Operasi: dengan pendekatan ini perniagaan khusus menumpukan pada produk atau perkhidmatan terus kepada sasaran pelanggan yang tepat.
• Pelanggan -pendekatan berfokus ‘kelompok pelanggan sasaran berdasarkan usia, status perkahwinan’.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin