Wednesday, May 22, 2013

Panduan memulakan bisnes butik online offline


miliki naskah ini sekarang 
untuk tempahan singgah di sini ya http://mulabisnesbutik.blogspot.com/
Sumber: Bab 1 Ebook Mula Bisnes Butik Online Offline
Apabila mula memikirkan untuk bermula memilih bisnes butik sebagai pilihan perniagaan, berikut beberapa perkara yang perlu ada dalam pemilihan bisnes ini.
·         Tahu dan meminati perkembangan fesyen.
·         Gemar membeli secara borong.
·         Gemar dan ingin tahu koleksi terkini pakaian dan aksesori.
·         Jenis koleksi pakaian yang boleh dijual di butik adalah mengikut setiap umur, jantina, gaya kerja, jenis bangsa.
·         Memilih fokus produk yang sesuai contoh pilihan adalah pakaian kanak-kanak, banyak kategori yang boleh dipecahkan iaitu, barang kelengkapan kelahiran, pakaian kanak-kanak mengikut usia, pakaian tidur kanak-kanak lelaki dan perempuan, barangan kelengkapan penyusuan eksklusif, barangan bahan bacaan awal kanak-kanak berusia 1,2,3 tahun.
·         Contoh fokus produk lain ialah butik pakaian dan aksesori wanita. Contohnya butik pelbagai koleksi tudung, kain ela, pakaian siap seperti baju kurung, pakaian ke tempat kerja, pakaian untuk majlis sosial dan riadah. Untuk aksesori seperti beg tangan, kasut dan sebagainya.

Butik sebagai bisnes pilihan
-Pemilik butik adalah orang yang mempunyai kemahiran dan bertindak di belakang tabir.
-Terlibat secara langsung dengan perkembangan terkini apa sahaja produk terbaru di pasaran.
-Mempunyai kreativiti seperti mempamer, menghias produk, kemahiran pelanggan pelanggan.

Bisnes borong
-Permintaan dan juga tahap kuasa beli yang tinggi pembeli, membolehkan ramai pengusaha bisnes kecilan mula melebarkan sayap sebagai pemborong untuk bisnes butik.
-Kini jika kita lihat begitu ramai yang berminat dan mahu berjinak-jinak dalam jualan butik secara online.
-Contohnya jika membuat carian produk pakaian kanak-kanak, begitu banyak sekali pengusaha yang menjual produk dalam pelbagai pakej yang menarik.
-Bagi pengusaha lama boleh mengambil peluang, sekiranya sudah mempunyai modal yang besar menjadi pemborong kepada pengusaha dan bakal-bakal pengusaha yang berminat untuk serius mengusahakan bisnes butik dan aksesori.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin