Teks: Masayu Ahmad
Galak hujan turun mencurah, alhamdulillah. Tempias dan menderu aura nyaman. Pokok riang ria. Momen begini, mudah sekali teringatkan gulai lemak pcuk nidding, letak ubi stelo. Lawannya pula ikan budu goreng diracik dan dicampur telur, perah pula asam limau. Terangkat. Semerbak di dapur harus mengundang rasa lapar. Kepul asap dari periuk, makan berjemaah beramai, seronoknya waktu kecil ;) Itulah dapur dan arwak emak. Dapur dan kita sendiri sebagai ibu, ibu segala kasih sayang. Ia bermula dari dapur, masakan, suapan kasih sayang. Terima kasih Allah, atas kurniaah hujan yang cukup nyaman lewat petang menanti maghrib.
Alhamdulillah. Siap sudah masakan malam. Telur masak kicap buat kanak-kanak riang, ikan siakap goreng dan sayur lada hitam. Isi sayur? Saya lupa namanya.
Anak-anak rehat sebentar sementara menanti maghrib, bagi ruang kepada mereka. Jadual harian yang padat dari pagi hingga petang. Sekejap sahaja masa berlalu. Namun, saya masih bertarung dengan jadual, dek kerana terbabas kerana kurang sihat. Berdikit-dikit dengan momentum dan perlu masukkan gear sedikit demi sedikit.
Ya, mengingatkan sendiri, senarai tahun ini adalah 12 sasaran ebook atau buku, 3 baru selesai. Lagi berbaki 8, saya belum boleh horey-horey.
Mengapa saya sibuk mengejar?
Cabaran dan sasaran adalah 30, ia adalah angka lebih sedap untuk 'pencen bergaya'. Alhamdulillah atas sambutan ebook, ia berterusan mengalir.
Ia juga mudah, penat sekali dan pendapatannya berterusan.
Mengapa pula saya sibuk-sibuk juga dengan produk makanan sunnah. Ya, ia juga amanah, agar
yang singgah di sini mahu mencari peluang menambah pendapatan, jadi saya sediakan peluang. Sehari sekurangnya 1 produk saya masukkan, bagi yang mahu mula, sudha boleh menjual. Mula sekarang jangan bertangguh lama lagi, ok.
Saya letak yuran komitmen serendah RM20 sahaja, sebagai syarat pelaburan berani atau tidak. Dan usahakan kembali mendapatkan modal tersebut. Hanya beli ebook di bawah sahaja
www.janawangdirumah.com
Maksudnya, kalian sudah baca dan faham asas bekerja dari rumah. ;)
RM20 sahaja dengan membeli ebook www.janawangdirumah.com
100 produk sedang dimuat naik di sini ya http://sunnahmall.blogspot.com/
ini sahaja langkah kalian
1. Create fan paga produk sunnah (apa-apa nama pun boleh, asalkan ada nama produk sunnah)
2. Create blog (sangat perlu, kerana ada pelanggan yang tidak ada fb)
Sudah selesai masukkan gambar dari sini-http://sunnahmall.blogspot.com/
Buat bayaran yuran dan mesej saya di fb, saya akan berikan senarai produk dan komisyen untuk setiap jualan. 50 orang pertama yang serius sahaja
No comments:
Post a Comment