Tuesday, May 14, 2013

Kejayaan itu mahal harganya

Teks: Masayu Ahmad

Setiap diri kita adalah pejuang, pejuang kecil yang melangkah atau naik tanggah satu persatu. Ketika kita buntu kita berhenti seketika. Ketika tenaga sudah ada kita kembali melangkah.

Setiap hari adalah peluang baru untuk memastikan dilakukan hari ini dapat mencapai matlmaat kecil mahu pun matlamat besar. Apa definisi kejayaan yang sebenar?

Ada orang dia punya matlamat bulanan RM yang lumayan, rumah selesa, tiada hutang. Ada orang cukup dengan hidup sederhana tida hutang dan cuba meninggalkan seberapa banyak amal di sini untuk selesa di sana.

Kadangkala kita rasa terlalu penat

Itu maksudnya kita adalah manusi yang normal. Berapa lagi baki hari yang ada. Pernah tidak kita dengar, bekerja seumpama tiada hari esok, beribadah umpam mahu mati malam nanti. Allahu Allah, besarnya tanggungjawab.

Penat itu adalah lumrah, rehat sebentar dan sambung semula perjalanan. Nikmati hari-hari indah kadangkala kita lupa untuk rai. Senyum dan peluk anak-anak kita yang masih kecil. Mereka yang masih ahli syurga, kerana masih tidak ada catatan dosa.

Masak dan nikmati makanan yang kita suka, ia adalah terapi terindah.

Salam kasih sayang, selamat hari guru. Saya juga masih punya matlamat kecil yang mahu diselesaikan dan semoga Allah kabulkan juga beberapa impian sahaja lagi. Selepas itu saya dapat tutup mata dengan sempurna. ;)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin