Tuesday, July 31, 2012

Perjuangan diteruskan


Salam kasih sayang, jam sekarang 6.31 pagi, alhamdulillah untuk kesihatan hari ini. Mari kita sama-sama mulakan langkah hari ini dengan rasa syukur dan teruskan dengan tidak menoleh ke belakang lagi.

Banyak betul aktiviti padat minggu ini, antaranya kesihatan ayah yang tidak mengizinkan, alhamdulillah semalam sudah keluar wad. Pada hari Khamis minggu lalu selepas saya pulang ke rumah mertua, kakak di rantau panjang mengambil giliran menjaga ayah. Demam berlarutan kebah kemudian demam lagi, saya balik juga bawa ayah ke klinik untuk rawatan.

Dua hari lepas, sewaktu 10 minit mahu berbuka puasa, kakak telefon dengan nada yang sudah bercampur suara menangis. Balik segera, ayah muntah darah. Aduhai, aduhai saya sudah tidak keruan. Mundar mandir tidak tahu mahu berbuat apa. Kakak juga mengambil langkag bijak, anak sepupu tolong hantarkan dahulu ke wad kecemasan. Jika tunggu saya lambat juga nanti sampai ke hospitl. Mertua pesan agar saya berbuka dahlu, usai solat saya terus pecut ke hospital.

Badan ayah sangat lemah, begini juga tahun lepas. Banyaknya muntah darah, ayah menangis-nangis. Keadaannya sama seperti anak kecil. Saya mengurut-ngurut dada ayah dan belakang, suruh istigfar banyak-banyak. Dia meneceritakan doktor sudah memasukkan wayar melalui mulut untuk mengesan muntah darah dari dalam perut, tetapi ayah cepat-cepat cabut kerana tidak selesa dan tidak boleh bernafas dengan baik.

Nurse menemui saya agar memujuk ayah untuk lakukan sekali lagi. Ok, saya katakan biarkan ayah bertenang dahulu. Berbincang dengan ayah.

"Tak apalah, tak perlu masukkan wayar, kalau nak mati, mati juga."

Saya juga setuju begitu, sama pula fikiran kami. Keputusan sudah dibuat jadi, saya tenangkan ayah. Ayah mahu minum 100 plus, saya bersegera mencarikan air untuknya. Sementara itu dua orang saudara datang melawat. Keadaan ayah sudah semakin ok.

Saya menelefin semua adik-beradik, ayah bercakap sendiri dengan mereka, mahu semua pulang. Jam 10 malam, saya dimasukkan ke wad. Menjelang 1.50 pagi keadaan sudah semakin ok, ayah sudah nampak stabil.

"Pergilah balik dulu, rehat di rumah. Esok ayah mahu makan nasi lembik diracik ikan rebus." Itu psan ayah. Saya balik ke rumah dan esok jam 10 pagi kembali ke wad. 

Alhamdulillah semalam juga ayah sudah boleh keluar wad, anak-anak yang lain juga sudah sampai.

Hari ini saya sudah lega, rutin berjalan seperti biasa. Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan.

Jemput singgah di sini, sudah mula beroperasi


atau di sini



Gedung Serbanika Online: Kismis Tok Guru RM10

Gedung Serbanika Online: Kismis Tok Guru RM10: RM10 +RM10 pos daftar/ pos laju

Saturday, July 28, 2012

Nasi kerabu daging bakar

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih sayang, Alhamdulillah hari ini baru boleh bersiaran dengan baik. Insya-Allah lebih banyak buku yang akan dikongsi.

Semalam, berbuka puasa di rumah mertua. Daging bakar, nasi kerabu, tembikai dan kuih kepek hidung. Itu yang seronok jika berbuka dengan orang tua, ada sahaja menu yang sedap. Tetapi ia lebih sedap kerana dimasak sendiri.

ok, untuk hari ini saya mahu kongsi satu lagi buku yang bagus untuk dibaca untuk anak-anak.

Kisah Daripada Al-Quran Untuk Anak-Anak

RM35 (kulit keras)
RM7 pos ekpres

klik di sini untuk beli

atau singgah sini 






Thursday, July 26, 2012

Akok kedut- rahsia pemasaran orang dulu-dulu

Teks & foto : Masayu Ahmad

Biarkan gambar berbicara dahulu, ;D




Kisah akok ini ada di mana-mana, ia makanan tempatan Kelantan yang popular terutama di bulan Ramadhan, kalau di kampung saya akok mok doh lah yang tersohor, rasa enak, tebal, lembut, adunan sebati segalanya istimewa akok mok doh.

Paling istimewa, jika dulu ia dibakar dengan sabut, tetapi kini ia telah diinovasikan, dibakar di dalam ketukar yang lebih efisien. Istimewanya akok ia tetap disukai.

Bagaimana menjadikan akok, sebagai satu contoh produk popular. Makanannya ringkas tetapi sedap, dan ia sentiasa dicari-cari.

Teringat perbincangan saya dengan seorang teman, katanya kalau ke passar ramadhan dia suka mencari kuih muih yang dihasilkan oleh makcik-makcik lama.

Kenapa? Sudah tentu kerana mereka membuat kuih dengan cara penuh kasih sayang dan keikhlasan. Begitu juga saya, kadangkala boleh melihat deretan usahawan baru yang baru belajar bisnes. Ada dua kemungkinan sama ada kuih yang dijual sedap atau sebaliknya. Kalau sedap, kita akan ingat dan akan kembali.

Jadikan ia sebagai contoh pemasaran terbaik!

Walau sekadar akok, kita boleh belajar teknik pemasaran ini,

1. Jual produk atau servis dengan kualiti terbaik. Sekiaranya pelanggan suka, ia akan kembali menggunakan khidmat kita.

2. Jangan berada di takuk lama, tingkatkan ilmu secara bertahap. Jika dahulu akok dibuat atau dibakar dengan sabut, kini sudah lebih bagus, dibakar dalam jumlah yang banyak dan dapat menghasilkan dalam masa singkat, tetapi masaih mengekalkan kualiti.

Salam kasih sayang


Tuesday, July 24, 2012

http://www.minisitemudah.com/index.php

http://www.minisitemudah.com/index.php

Ini untuk rujukan saya sebenarnya, saya kongsi juga di sini.


Mangkuk kaca-nostalgia ramadan hari ke empat

Teks & foto: Masayu Ahmad


Mangkuk kaca ini sudah lama usianya, waktu saya masih kanak-kanak, arwah emak selalu guna mangkuk ini untuk menghidang manisan tatkala berbuka. Ada kadangkala isinya akok, nek bat, sira pisang.

Semalam usai selesai memasak, saya mencari mangkuk ini.

Ketika sudah mahu berbuka, ayah bertanya.

"Kenapa keluarkan mangkuk ini?"

"Sajo jah, nok hidang ko siapa lagi, kalu buke ko ayoh," jawab saya. Takkan nak tunggu tetamu mahu nak hidang. Sebenarnya saya sudah kembalikan ingatannya kepada arwah emak."

"Dulu kalau mek masok gak, so mangkuk ni ayoh make pengat pise, so mangkuk ni make cendol. Berapa puluh tahun doh mangkuk ni." Menyoot kembali kenangan ramadan lalu bersama isteri tercinta.

Ya, sekarang usia saya 32 tahun, mangkuk ini lebih kurang usia itu. Semasa saya darjah 1  mangkuk ini sudah ada. Memang lama, tetapi kenangan lalu masih segar. Al-Fatihah buat mek, Rakiah Daud, semoga damai di sana. Dialah cinta hati ayah, kini dan selamanya. Kata, ayah tidak ada galang ganti. Mek isteri terbaik buatnya.

Pesan ayah,

"Kalau memasak, masak yang terbaik, masak apa yang mahu dimakan. Hidangan yang terbaik. Tengok mek buat lagu mano ko ayoh."

Pesanan ini sebenarnya ingata kepada saya, apabila mahu menghidang kepada sesiapa sahaja, suami, ibu bapa mertua, tetamu, anak-anak, sesiapa sahaja. Masak dari hati ke tangan, masak dengan penuh kasih sayang. Kalau kita buat sambil lewa, masakan juga tidak sedap.

Nah, memasak juga ada seni kan. Dapur adalah satu daerah bagaimana seorang isteri menyemai cinta kepada suami. Rahsia air tangan, ia takkan dapat dengan membeli di kedai.

Memasak penuh seni, hidangkan dengan kasih sayang. Membeli di kedai memang mudah, tetapi aura kasih syaang itu tidak mengalir ke tubuh. Bukannya makanan yang baik itu adalah hasil dari air tangan isteri, buat suami dan anak-anak.

Ini yang saya lihat juga, mertua jarang membeli, ayah mertua juga suka makan di rumah sahaja. Suasana dapur selalu ada aktiviti, mahu atau tidak saya perlu ambil ini sebagai pengalaman manis untuk saya serap masuk sebagai didikan moral orang tua kepada saya.

Kita selalu pergi ke kedai cari menu terbaik dan juga hidangan dan suasana. Begitu juga ayah, dia kelihatan cerewet, pembersih dan sedap. Tidak boleh salahkan ayah, kerana nilai-nilai ini memberi keselesaan ketika mengambil rezeki dalam keadaan perut kosong dihidangkan menu kesukaan.

Hari ke empat Ramadan saya masak gulai ikan kerisi segar ala kelantan, saya masukkan daun kesom, aroma wangi dan enak, membuatkan ayah bertambah nasi. Saya seronok apabila saya masak ayah makan dengan selera.





Buku pilihan untuk hari ini, sesuai untuk bacaan anak-anak



http://www.facebook.com/media/set/?set=a.435042806518332.92291.325713544117926&type=3



Catatan 3 Ramadhan-gerodok telur



Catatan 3 Ramadhan, saya masih di rumah ayah. Jadi suriummah sepenuh masa, tetapi sambil-sambil itu masih berjualan seperti biasa. Sudah tentu jualan http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom.

Terima kasih Allah atas kemudahan ini, saya bawa Arissa, Aiman dan Arif ke sini dan Hakim bersama en.suami di sana, banyak yang saya mahu kongsi, aduhai satu hari yang penuh aktiviti.

Menu 3 Ramadan seperti di atas, sayur lemak sebagaimana permintaan ayah, ikan goreng dan daging goreng kunyit. Saya buatkan juga beldo santan, banyak daun pandan di belakang rumah pok su (rumah seberang jalan sahaja), saya agihkan menjadi tiga, satu untuk sendiri, satu bekas untuk pok su dan satu bekas untuk mok teh. Mengekalkan cara warisan, makan di agih-agihkan kepada tetangga.

Juga buat gerodok, telur. Senang sahaja tuan-tuan dan puan telur, nisan (boleh gantikan gula melaka) telur, sedikit air dan bunga cengkih atau daun pandan. Itu sahaja, masakkan 3 keping nisan dengan 1 gelas air.Dalam bekas yang lain pukul 8 biji telur dan kacau (jangan kacau hingga kembang, hanya biarkan ia sebati sahaja). Agak-agak gula melaka sudah cair, masukkan telur, biarkan ia 10-15 minit. Biarkan sejuk dan hidangkan. Mudah sahaja, ini juga resipi warisan, selain akok yang banyak menggunakan telur, bezanya akok dibakar yang ini direbus sahaja.

Promosi akan berakhir tidak lama lagi, dapatkan e-iqra RM100, pos percuma, harga bulan Ogos adalah RM120. Sesuai untuk seisi keluarga.
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.405246809497932.87441.325713544117926&type=3

Sunday, July 22, 2012

Wanita yang diceritakan dalam Al-Quran



Memaparkan kisah kaum wanita pilihan yang keyakinan, sikap, dan tindak tanduk mereka menjadi tarikan dan perhatian pada zamannya. Sejak terciptanya kaum wanita pertama iaitu Hawa, muncul satu persatu dalam kalangan mereka watak-watak yang menterjemahkan identity seorang wanita. Allah SWT rakam kisah mereka dalam Al-Quran untuk tatapan umat kerana sarat dengan teladan dan iktibar.

Antara mereka ialah isteri para nabi dan rasul yang taat dan tabah di sisi suami menghadapi segala ujian dan dugaan. Keimanan dan ketakwaan mereka terserlah walau terpaksa menempuh derita dan sengsara kerana menjadi topang kepada perjuangan suami. Menyusul jejak langkah mereka, wanita-wanita pilihan yang beriman kepada Allah SWT dan berpegang teguh dengan keyakinan tersebut walaupun ada yang terpaksa berhadapan dengan ancaman bunuh. Seterusnya para sahabiyah, wanita Mukminah pada zaman Rasulullah SAW yang ada antara mereka menjadi sebab turunnya beberapa peraturan syariat. Mereka layak dinobatkan sebagai idola atau ikutan bagi generasi yang ingin menggapai rahmat dan kemuliaan di sisi Allah.

Turut dipaparkan isteri-isteri nabi yang menjadi ‘duri dalam daging’. Bukan sekadar tidak beriman malah menjadi pengkhianat perjuangan suami. Tidak ketinggalan wanita yang menjadi penentang tegar Rasulullah SAW. Mereka menjadi wanita yang dilaknat dan menerima azab di dunia ini lagi sebelum azab yang kekal di akhirat nanti.Hayatilah kisah-kisah ini dan jadikanlah ia sebagai panduan, baik bagi kaum lelaki yang diamanahkan memimpin kaum wanita, lebih-lebih lagi kaum wanita sendiri supaya lebih memahami tentang diri mereka sendiri.

2 Ramadhan-Travelog suri rumah super

Teks: Masayu Ahmad

Bermula awal pagi tadi jam 8, usai menghantar Arif, Aiman dan Arissa, saya kembali ke rumah, jemur pakaian, selesai kan satu lagi kain, gosok pakaian suami dan Hakim untuk seminggu. Selesai di situ kemas rumah, sapu sampah, kemas dapur.

Sudah keletihan, saya ambil rehat sekejap jam 12.00 hingga 1.00, selepas itu punggah semua barang masuk ke dalam kereta. Terus ke stesen minyak, isi minyak siap-siap, singgah tepi jalan membeli barang dapur dan barang basah, pecut ambil kanak-kanak riang.

bersambung

Saturday, July 21, 2012

rahsia air tangan


Salam kasih sayang, sudah 2 Ramadhan, insya-allah hari ini saya akan pecut pulang ke rumah ayahanda. Sebelum itu saya ada beberapa senarai lagi, jemur kain, kemas rumah, gosok baju Hakim dan en.suami, kemas beg, ambil kanak-kanak riang dan pecut.

Jadi bagaimana dengan operasi kedai buku? Oh, jangan risau, ia berjalan seperti biasa, operasi berjalan setiap hari. Bagaimana saya urus?

Apabila bekerja sendiri terpulang kepada kita untuk urus bagaimana, inovasi dan kreatif menjadikan hidup lebih fleksibel. Alhamdulillah tidak ada gangguan, rumah ayah ke Kota Bharu, adalah 30 minit, rumah mertua ke Kota Bharu juga 30 minit Kota Bharu adalah perantaraan antara rumah mertua dan ayah.
 Saya sudah setuju agihan dengan en.suami, jadi sekarang jam 9.05 pagi, ada dua jam untuk saya selesaikan urusan rumah tangga, sampai di sana kelak saya akan masukkan 20 -30 lagi judul buku yang belum dikongsi.

Promosi Pra Ramadhan akan berakhir tidak lama lagi untuk produk e-iqra, kaedah belajar quran & tajwid
hanya RM100 sahaja, pos percuma. Ia sesuai untuk kanak-kanak, dewasa dan orang tua. Dengan kata lain sesuai untuk seisi keluarga dan sepanjang masa.

Saya adalah pengedar tunggal untuk belian secara online. E-iqra adalah terbitan DBP. Jadi promosi ini akan berakhir 8 hari lagi. Harga selepas ini adalah RM120 tidak termasuk pos.

Bayar dua kali
Saya bagi peluang kepada kalian untuk bayar dua kali, maksudnya bayar RM50 pendahuluan untuk tempahan, dan baki pada bulan berikutnya, barulah saya poskan.

Jika tempahan selepas promosi ini anda perlu bayar RM120. Jadi dapatkan naskah ini, untuk kegunaan seisi keluarga,

Klik di sini

atau hubungi saya di pn.masayu@gmail.com

Bonus!

Kaedah cepat membaca Al-Quran yang terkini. Karya asli pertama di Malaysia yang diiktiraf dan diluluskan oleh Lembaga Pengawalan Pelesenan Percetakan Al-Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Pakej ini mengandungi tiga buah buku, tiga CD interaktif dan sekeping penanda buku infotajwid. Menepati kehendak Korukulum Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia

Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pembayaran


http://panduanbacaquran.blogspot.com/2012/06/e-iqra-belajar-tajwid-dengan-mudah.html


































Friday, July 20, 2012

Memikat hati suami




Mukasurat 150,151
Buku: Mencintai suami jangan separuh hati

-Wanita ideal adalah yang mahu mengorbankan waktunya, kerjayanya, hartanya dan semua hal yang berharga demi ketenangan di syurga kecilnya (keluarganya)

-Wanita ideal adalah isteri cerdas yang menyukai pembaharuan, benci perkara sekadar hal yang rutin. Dia sukakan pembaharuan dalam penampilannya, dalam tutur katanyam gayanya, dalam menghias rumah, cara hidupnya, sehingga dia nampak seperti pengantin baru pada setiap masa.

-Wanita ideal adalah yang menjaga kesihatannya, kesegaran badannya dan tidak banyak penyakit. Seorang lelaki memang sukakan wanita sihat. Isteri nampak seperti selalu sakit, posisinya menjadi semakin mengecil di mata suami.

-Wanita ideal adalah yang begitu bervariasi dalam berhias untuk suami. Sehingga ketika suami memandang isteri, dia selalu kelihatan sedap dipandang dan harum baunya.

- Wanita yang ideal adalah seorang yang peka sehingga dia boleh mengetahui waktu-waktu di mana suami merasa selesa untuk berbincang dengannya. Ketika itu dia boleh menceritakan hal-hal yang membuat suaminya senang dan dapat memetik manfaat. Juga boleh mengetahui waktu-waktu di mana suami merasa tidak selesa, sehingga isteri menahan lidahnya agar rasa jemu tidak merebak ke hati suaminya.

-Wanita ideal adalah yang dapat menjaga poket suaminya. Dia tidak membelanjakan satu sen pun kecuali dengan betul dan tidak membelengu suami dengan jutang kerana sikap suka bermewah-mewah.



Petang hari sebelum 1 Ramadhan

Teks: Masayu Ahmad


Alhamdulillah, beberapa jam lagi singgah sudah bulan yang mula, bulan penuh keberkatan, bulan yang dinanti-nantikan sepanjang tahun. Sekejap sahaja, baru sahaja rasa berpuasa, berhari raya, hujung tahun dan tahun baru. Kini sudah berlalu awal tahun, pertengahan tahun, puasa, raya dan hujung tahun lagi untuk 2012

Jika diamati masa berlalu begitu pantas, 24 jam sekarang sama sahaja dengan 1jam. Memang laju, jadi apa yang perlu kita sibuk-sibukkan perkara yang tidak perlu. Ok, jadi sekarang mari kita duduk bersila dan ambil sehelai kertas. Tulis semula apa matlamat dunia dan akhirat. Mati sekejap sahaja lagi, menanti bila-bila masa.

Mari kita semak balik, tentunya ingatan ini untuk saya dan kalian juga.

Petang sebelum 1 Ramadhan

Sepatutnya saya pulang hari ini ke rumah ayah, tetapi bantuan Allah ada di mana-mana, urusan di sini masih banyak belum selesai. Kebetulan pula abang, kakak ipar, adik lelaki dan isteri pulang menemani ayah. Mereka dari Kedah dan Kuala Lumpur, jadi bolehlah saya bertenang-tenang semula menyusun dan menyelesaikan satu persatu.

Masih ada 20 hingga 30 judul buku yang belum saya kongsi, insya-Allah berdikit-dikit. Semalam rasa mahu pengsan, melihat banyaknya kerja perluu saya siapkan, mahu kemas kain baju, mengemas dapur, rumah, mahu alihkan almari, lihat pula senarai kerja. Rasa mahu pengsan, tetapi saya bertahan dan bersabar, apabila kepenatan saya baring sebentar sebelah Arissa. Kemudian terjaga lagi, sambung kerja, tidur semula, terjaga lagi. Memang bagus sebenarnya, Allah memberi peluang kepada saya agar tahu keupyaan diri.

Disiplin
Bulan ini harapnya dapat disiplin tidur awal dan bangun awal. Jika dapat ikut rentak ini sangat bagus untuk disiplin diri dalam agihan rumahtangga, urusan penulisan dan kedai buku online. Allah berikan saya peluang secara berperingkat, tidak diberi semua sekaligus, nanti tidak mampu pula saya uruskan dengan baik.

Alhamdulillah atas sambutan yang begitu baik, terima kasih tidak terhingga.

Masayu Ahmad
http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom




Contoh Isteri Teladan Sepanjang Zaman-Khadijah


Khadijah binti Khuwailid juga terkenal sebagai wanita yang terhormat di kalangan kaumnya, wanita cerdas dan mampu menjaga kehormatannya. Wajarlah bila ramai lelaki kaya dan terhormat ingin meminangnya. Namun, lihatlah siapa yang akhirnya dia pilih sebagai suami. Muhammad bin Abdullah yang pada itu bukanlah siapa-siapa, hanyalah seorang anak yatim piatu tidak mempnyai apa-apa. Kejujuran dan akhlak Muhammadlah yang memikat hatinya, bukan harta, jawatan atau kedudukan sosial.

Lihatlah pula bagaimana cara dia menyampaikan cinta dan keinginannya kepad Muhammad untuk dinikahi. Bukan dengan menggoda dan memperlihat personanya sebagai wanita, namun dia sampaikan keinginannya itu dengan cara terhormat, melalui perantara yang dapat dipercayai, iaitu sahabatnya yang bernama Nufaisah binti Munayah. Cara tersebut membuat keinginanya dapat disampaikan tanpa membuatnya merasa malu dan kehilangan harga diri.

Sebagai ibu, Khadijah adalah ibu yang penyayang dan baik dalam mengasuh anak-anak. Putera-puteru beliau adalah Qasim, Zainab, Ruqayah, Fatimah, Ummu Kalsom dan Abdullah. Masing-masing hanya berjarak dua tahun dan Khadijah sendiri yang menyusukan mereka.

Lihatlah puteri-puteri mereka tumbuh menjadi bunga Islam yang mekar dan indah dengan keimanan dan keutamaan akhlak. Bahkan Fatimah Az-Zahra puteri bongsunya, adalah penghulu wanita-wanita dunia di syurga kelak.

Mukasurat 20, 21
Judul: Super Wife, Super Mom, Super Women

Beli dengan klik di bawah






Wanita cemerlang vs wanita emosi


Berikut adalah perbandingan wanita cemerlang dana wanita emosi. Lihatlah sifat-sifat yang disusun dan nilaikan dengan peribadi kita.

Wanita cemerlang

1. Peribadinya memancar daripada nilai-nilainya,

2. Mengetahui kadar kemampuan dirinya dan tidak terkesan dengan kritikan yang buruk.

3. Sentiasa membicarakan keadaan semasa walaupun tidak diminta.

5. Menyakini apa yang sampai kepadanya hari ini merupakan hasil pilihan semalam.

5. Tidak reda dengan keadaan dunia yang berada di bawah keadaan sekeliling, dan menjauhi rasa bangga diri.

6. Menyakini bahawa Allah s.w.t sentiasa memilih yang terbaik untuknya.

7. Tidak akan berbicara melainkan menurut keyakinan dan kemampuannya melakukannya.

Wanita emosi

1. Peribadinya hasil daripada keadaan sekeliling yang melingkari dirinya.

2. Suka dengan pujian yang berlebihan dan terlalu mudah mengkritik.

3. Hanaya berbicara soal menyelesaikan masalah yang menimpa dirinya.

4. Melihat setiap perlaksanaan itu dilakukan dengan tangannya dan kegagalannya adalah disebabkan oleh keadaan sekeliling.

5. Menerima keburukan-keburukan dalam sudut yang boleh memperbaiki kehidupan dan masa depannya.

6. Tidak tetap pendirian. Sentiasa mempersoalkan setiap perkara yang berlaku kepadanya dengan penuh kekecewaan.

7. Perkataan-perkataan dan janjinya sangat lemah untuk dicapai.

Sumber: Buku 5 Gaya Hidup Wanita Cemerlang


http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/2012/06/5-gaya-hidup-wanita-cemerlang.html

Wednesday, July 18, 2012

Wanita pendiam dan banyak mulut

Buku: Mencintai Suami Jangan Separuh Hati
Muka surat 59


Ada lagi jenis wanita lain. Mereka menyangka cara yang paling bijak untuk menarik perhatian suami adalah dengan berbicara dan bercerita dengan panjang lebar. Suami masuk ke rumahnya, seumpama dia sedang memasuki ruang pejabat perwakilan berita antarabangsa yang tidak ternama.

Ketika isteri menyambutnya, yang ada di kepala isterinya adalah berjuta-juta berita. Dia mula memberitahu khabar anak-anak, kemudian cerita tentang pembantunya, jirannya, si penjual sayur, tentang panggilan telefon, berita tentang teman-teman dan yang lain-lain. Demikianlah begitu banyak cerita yang ada dalam kepalanya.

Kita lihat si isteri ini hanya sekadar menceritakan apa sahaja namun tidak pula mengajak suaminya berbicara. Dia hanya beralih dari satu cerita ke satu cerita bercampur aduk dan tidak jelas maksudnya yang ingin disampaikan. Sangat susauh bagi pendengar yang malang untuk menangkap cerita-cerita yang lainya. Yang suami terima kemudian hanya saki kepla. Selepas itu, yang boleh suami lakukan hanyalah tidur demi menghindari serangan tentang cerita terbaru daripada isteri.

Baca lagi, saya memang sarankan buku ini, setiap helaian muka surat sangat tersirat yang disampaikan penulis.


Tips mengambil hati mertua


Buku: Mencintai suami janganlah sepenuh hati
Mukasurat 98

Apabila isteri menginginkan untuk menjaga suaminya dari neraka jahanam, memimpinnya menuju syurga yang penuh dengan taman menawan, serta memberikan kebahagian dan berkat yang berterusan dalam rumahnya, maka dia harus.

-Menjauhkan dari bayangan gambaran buruk tentang mertua dan menempatkan seperti ibu kandung sendiri. Kalaulah satu ketika ibu mertua berbuat salah terhadapnya hendaknya memperlakukan seperti dia memperlakukan ibunya apabila ibu ada melakukan kesalahan terhadapnya.

- Jangan ceritakan kepada suami semua yang terjadi antara dirinya dan ibu mertua disertakan titisan air mata dengan maksud menarik simpati dan cinta suami kepadanya. Sehingga syaitan boleh sahaja menggambarkan dalam fikiran suami bahawa ibunya berbuat zalim dan kejam sehingga terjadi kerenggangan antara mereka berdua. Akibatnya pendurhakaan.

-Sekiranya isteri melihat ada kekurangan suami dalam melayani ibunya, hendaklah dia menjadi pembimbing kebaikan baginya. Dia memotivasikan suami dan mentaati ibunya, dan mendesaknya untuk sering mengunjungi dan memberikan kasih sayang kepadanya.

Baca lagi
Klik di bawah untuk naskah kalian

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=440725975950015&set=a.430835156939097.91614.325713544117926&type=3&theater

Promo

                                          1. http://www.jomsembangniaga.blogspot.com/


                                          












11. Diva DShoppe






Setiap hari selepas subuh, saya hantar kuih emak buat





Jika ke seminar smp (seminar marketing power) oleh DAO- antara yang dikongsi adalah 'menyatakan kepakaran kita kepada pelanggan' jadi saya mahu berkongsi apa kepakaran saya.

Kepakaran dan kesukaan saya adalah menjual apa sahaja barang saya suka. Ia bermula sejak saya sekolah rendah, sekolah menengah, di universiti, semasa bekerja dan sehingga kini.

Arwah emaklah orang paling penting dalam mengasuh saya soal ini. Semasa darjah tiga hingga darjah enam, sayalah yang membawa karipap ke kanteen sekolah. Jika tidak habis, semasa balik sekolah sambil berjalan kaki, saya agihkan kepada rakan-rakan. Hasni dan Sayani selalunya dapat makan karipap percuma.

Saya jugalah setiap pagi sesuai subuh, menghantar kuih muih yang emak buat, karipap, roti goreng, roti kukus, ke gerai mok doh bulat, mok doh mok cik mek, mok cik di sungai.

Saya jugalah ketika sekolah menengah bangun pagi dengan berpakaian sekolah, membungkus nasi berlauk, nasi lemak, nasi kerabu, segala jenis nasi. Habis bau baju sekolah dengan nasi.

Saya jugalah bawa banyak jenis nasi bungkus dalam beg sekolah. Juga jualan gula-gula dalam kelas.

Ketika bulan puasa sebelum Raya, saya pernah berjaya menjual kek buah, kek coklat dan bermacam lagi (kek dibuat oleh sepupu). Di universiti saya pembekal kad telefon. ;D

Panjang pula cerita saya-belum habis lagi nanti saya sambung:D



Buku pilihan hari ini sesuai untuk bacaan kanak-kanak



klik di sini untuk beli


klik di sini untuk beli

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin