Tuesday, July 10, 2012

Rahsia khidmat pelanggan

Teks & foto: Masayu Ahmad


Salam kasih sayang, alhamdulillah atas kelancaran pagi ini. Kanak-kanak riang sungguh baik hari ini, semua bangun dengan keadaan ceria. Jadi, saya perlu lebih bertenang-tenang malam hari agar anak-anak juga menyerap aura tersebut.

Pagi tadi usai mengisi minyak, pemilik stesyen minyak ini telah menghulurkan saya sesuatu yang berbalut kemas. Katanya hadiah, rupanya senaskah Al-quran kecil. Semoga bisnes pemilik ini semakin bagus dan berkat. Allah menegur saya agar lebih konsisten membaca ayat-ayatnya.

Jadi sekarang bukan sekadar buku-buku, 'hadiah istimewa' ini perlu dibawa selalu bersama, ingatan kepada diri yang selalu celup-celup sahaja membaca, ketika rajin setiap, ketika tidak rajin selalu lupa. Ia memang cantik, warna hijau pula warna kegemaran saya.

Baik, untuk buku pilihan hari ini

Muka surat 56, Nota Jutawan Nota Motivasi

Kekayaan tidak berkurang jika kita bersedekah dan berzakat. Apa yang perlu kita faham adalah perkataan zakat itu sendiri membawa maksud 'berkembang' ataupun 'bertambah'.

Dari situ kita perlu bersedekah dengan ikhlas dan bersihkan harta-harta kita dengan cara berzakat dan isya-allah harta akan lebih berkat dan akan berganda-ganda pada masa akan datang.

Beli buku ini di sini
























No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin