Monday, July 16, 2012

Urus masa-tips wahm, soho

Buku: Super Mom, Super Wife, Super Women
Mukasurat 97,98


Tidak dapat dinafikan, terkadang seorang isteri kelam kabut menyelesaikan urusan rumah tangga kerana pengurusna masa yang tidak efisien. Contohnya, mungkin terlalu lama memasak sehingga anak makan lewat. Kerana itu, pengurusan msa yang baik sangatlah penting.

Bagaiman mengurus masa dengan baik?
1. Mulakan dengan bangun awal sebelum orang lain bangun, mulakang dengan regangan otot, solat Subuh dan berdoa agar fikiran tenang.

2. Susun pekerjaan rumah tangga dalam sebuah jadual yang boleh dijadikan sebagai panduan dasar setiap hari.

3. Bahagilah pekerjaan rumah tangga dalam pekerjaan besar (dilakukan sebulan sekali, misalnya membersihkan dan menyusun stor), pekerjaan sedang (dilakukan seminggu sekali misalnya membersihkan bilik mandi) dan pekerjaan mudah  dilakukan setiap hari.

4.Lakukan pekerjaan yang boleh dilakukan serentak atau bersama sekaligus dalam satu masa, misalnya mencucui baju dengan mesin boleh dikerjakan sambil mengawasi anak-anak bersarapan atau bermian, boleh juga dilakukan sambil menyapu sampah atau membersihkan rumah.

5. Libatkan suami dan anak-anak di dalam urusan rumahtangga sesuai usia dan kemampuan mereka.

6.Sediakan keperluan suami dan anak-anak sejak malam hari, jika tidak kelam kabut keesokan harinya. Bila anak sudah cukup besar, minta dia menyiapkan sendiri dan kita hanya memeriksa sahaja.


      http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/2012/06/super-wife-super-mom-super-women.html


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin