Tuesday, July 10, 2012

Kesegaran idea

Teks & foto: Masayu Ahmad


Assalamualaikum w.b.t

Satu hari yang penuh aktibiti, hari ini temujanji makan tengahari bersama en.suami, yang akan meninggalkan kami dua hari. Rasa tenang kembali, mertua sudah kembali sihat, semoga dia dapat berpuasa dengan sihat dan sempurna

Semalam saya ada kongsi bahawa pertambahan jadual baru saya, ya, jam 6.30 pecut hantar Hakim, sebelum itu perlu masak dahulu dan suapkan kanak-kanak riang. Jadi, saya akan kembali mengubah semula jadual kerja. Itu tidak ada masalah.

Esok usai hantar buku-buku, saya akan berada di 'port syurga' saya. Tiada siapa yang kacau dan saya suka suasana itu. Ya, Allah semoga bulan puasa ini dapatlah saya konsisten semula menulis.

Produk terbaru di http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom, nantii ya saya belum masukkan lagi. Jika kalian ada majlis keraian mencari al-mathurat, yasin dan tahlil, semuanya ada di sini.

Juga CD, DVD bimbingan fardhu ain, teori dan praktikal, sesuai untuk anak-anak dan juga dewasa

Buku Jejak Bisnes Rasul juga antara pilihan popular


Buku-buku di atas sentiasa dibawa bersama, perlu khatam bulan ini. Hadiah untuk diri sendiri.

Juga pilihan buku untuk kanak-kanak riang, untuk anak-anak saya dan sudah tentu anak-anak kalian juga. ;D








No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin