Thursday, July 12, 2012

Wanita juga boleh berbisnes-berguru dengan Khadijah


Salam kasi sayang

Masak sudah, mandikan anak-anak pun sudah, ok saya mahu kongsikan buku yang sedang dibaca ini bersama kalian.

Qailah Al-Anmariyah, seorang sahabiyah juga peniaga, pernah bertanya pada Rasukullah s.w.t
"Ya, Rasulullah, saya ini seorang peniaga.Apabila mahu menjual barang, saya tinggikan harganya di atas apa yang diinginkan. Apabila membeli, saya menawa ia ke bawah apa yang ingin saya bayar,"
Rasulullah menjawab,"Ya Qailah, jangalah engkau berbuat begitu. Kalau mahu beli, tawarlah yang wajar sesuai seperti yang engkau inginkan. Diberi atau ditolak.

Wanita sering dihadapkan pada dua sudut ekstrem yang sama-sama menjerumuskan mereka pada keadaan yang wajib untuk memilih. Di satu sudut, ia harus berada di rumah, mengurus anak-anak, mengelap lantai, mencuci pakaian keluarga dan tidak boleh keluar rumah.

Akibatnya hak-hak mereka sebagai hamba Allah tidak dipenuhi. Mereka tidak mendapatkan pendidikan yang baik, pergaulan yang semestinya serta potensi diri yang terkekang.

Di sudut lain, kita menyaksikan para wanita berkeliaran bebas tanpa ikatan. Waktu kerja dari pagi hingga malam, membuat mereka tidak pernah mempedulikan anak-anak. Apabila gaji mereka jauh lebih besar daripada suami, membuat mereka kadangkala egi dan hilang rasa hormat terhadap suami.

Islam memberikan begitu banyak panduan tentang orbit wanita dalam sistem hidup ini. Menurut tuntutan Rasululla s.w.t , Islam sebagai agama yang amat memerhatikan masalah keseimbangan, menegaskan bahawa perempuan adalah pendamping lelaki dalam usaha menegakkan kalimat Allah. Jika hendak diumpamakan peruempuan dan lelaki laksana dua bintang yang berada pada orbit yang berbeza. namun keduanya memiliki peranan sama dalam menentukan keseimbangan.

Buku ini hanyalah salah satuu usaha meletakkan wanita pada kedudukanya semoga mendapat pencerahan.
Klik di bawah untuk beli

atau

http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/2012/06/wanita-juga-boleh-berbisnes.html




No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin