Tuesday, July 24, 2012

Catatan 3 Ramadhan-gerodok telur



Catatan 3 Ramadhan, saya masih di rumah ayah. Jadi suriummah sepenuh masa, tetapi sambil-sambil itu masih berjualan seperti biasa. Sudah tentu jualan http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom.

Terima kasih Allah atas kemudahan ini, saya bawa Arissa, Aiman dan Arif ke sini dan Hakim bersama en.suami di sana, banyak yang saya mahu kongsi, aduhai satu hari yang penuh aktiviti.

Menu 3 Ramadan seperti di atas, sayur lemak sebagaimana permintaan ayah, ikan goreng dan daging goreng kunyit. Saya buatkan juga beldo santan, banyak daun pandan di belakang rumah pok su (rumah seberang jalan sahaja), saya agihkan menjadi tiga, satu untuk sendiri, satu bekas untuk pok su dan satu bekas untuk mok teh. Mengekalkan cara warisan, makan di agih-agihkan kepada tetangga.

Juga buat gerodok, telur. Senang sahaja tuan-tuan dan puan telur, nisan (boleh gantikan gula melaka) telur, sedikit air dan bunga cengkih atau daun pandan. Itu sahaja, masakkan 3 keping nisan dengan 1 gelas air.Dalam bekas yang lain pukul 8 biji telur dan kacau (jangan kacau hingga kembang, hanya biarkan ia sebati sahaja). Agak-agak gula melaka sudah cair, masukkan telur, biarkan ia 10-15 minit. Biarkan sejuk dan hidangkan. Mudah sahaja, ini juga resipi warisan, selain akok yang banyak menggunakan telur, bezanya akok dibakar yang ini direbus sahaja.

Promosi akan berakhir tidak lama lagi, dapatkan e-iqra RM100, pos percuma, harga bulan Ogos adalah RM120. Sesuai untuk seisi keluarga.
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.405246809497932.87441.325713544117926&type=3

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin