Friday, July 6, 2012

Apa keistimewaan bisnes kita berbanding pesaing.

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih sayang, salam hari Sabtu, saya berada di rumah ayahanda, tetapi kini bersiaran di salah satu port. Gambar di atas adalah semasa berada di Langkawi, kebetulan hari apa saya lupa, ada pasar malam berdekatan dengan hotel. Jadi jam 6 kami lima beranak turun. Saya seperti biasa, sambil berjalan sambil mencerap. Jika kita fikir langkawi, apa kaitan yang lain selain dari ia adalah pulau pelancongan.

Sudah tentu makanan, bukan kan. Ok, saya pun cari, punya cari punya, cari, hmmm tak ada yang menarik di hati. Nasi ayam, nasi kerabu, pasar-pasar malam tempat lain pun ada juga.


Dah, kalau semua sama apa keistimewaannya. Sudah tentu bebas cukai dan salah satu produk popular adalah coklat.



Analisa:

Apa yang saya maksudkan di sini, kita membina persaingan sihat dalam jenis produk dan perkhidmatan yang sama. Jika kita menjual CD, apa beza produk kita dengan pesaing. Apa keistimewaan kita berbanding pesaing. Kita punya harga serupa dan produk yang sama, tetapi etika bisnes dan menambat hati pelanggan itulah kita kekal sebagai usahawan yang berdaya maju.

                                                                        Sentuh emosi pelanggan
Dalam seminar marketing power-smp, Dr. Azizan ada menyentuh tentang menjaga hati dan emosi pelanggan. Bagaimana kita menjaga hati pelanggan.

Contohnya, kami dalam perjalanan ke Langkawi, kami berhenti sebentar kerana tayar kereta bocor. Usai en.suami berurusan, pemilik bisnes, seorang wanita Cina, mendekati saya dan berbual-bual mesra. Antara perbualan kami berkisar bercuti, raikan anak-anak, bercuti pada masa bukkan cuti sekolah dan juga dia menunjukkan ekpresi muka dan nada yang iklas.

Ada ya dalam beberapa kes, saya membuat kajian secara online, mahu tahu bagaimana khidmat pelanggan atau layanan. Dalam banyak-banyak ada satu yang menyentuh hati saya. Aduhai, semoga pemilik ini berubah cara dalam melayan pelanggan. Saya doakan bisnesnya akan semakin sukses.




1 comment:

Aree Tone WoW said...

Yakin dan buat yang terbaik, pasti berjaya..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin