Monday, July 16, 2012

Syarat dan Adab Wanita Bekerja

Sumber: Buku Wanita Juga Boleh Berbisnes, Berguru Kepada Khadijah

Sumber foto :


Islam tidak melarang wanita bekerja. Namun, ada adab dan syarat yang tidak boleh dilanggar. Adab dan syarat ini bukan untuk menyekat kebebasan wanita namun segala sesuatu memang ada peraturannya.

1. Memakai pakaian yang menutup aurat

Menutup aurat adalah syarat mutlak wajib dipenuhi sebelum seorang wanita keluar rumah. Peraturan ini bukan menyekat sebaliknya untuk menjaga kehormatannya.

2. Tidak menampakkan perhiasan dan kecantikan

Wanita yang keluar rumah dan menutup auratnya, juga perlu menjaga penampilannya. Mereka dilarang menampakkan perhiasan dan kecantikannya terutama di hadapan lelaki ajnabi. Tindakan menampakkan perhiasan, selain boleh menimbulkan fitnah, juga boleh mengancam keselamatan wanita itu sendiri Allah berfirman dalam Al-Quran

Janganlah menampakkan perhiasan seperti orang jahiliah yang pertama- Al-Ahzab:33

3. Tidak mengada-ngada atau memerdukan suara

Para wanita yang keluar rumah juga diharamkan berkelakuan yang akan menimbulkan syahwat para lelaki seperti mengeluarkan suara yang menggoda seperti mengada-ngada atau memerdukan suaranya. Larangan tegas ini terdapat dalam A-Quran

4.Menjaga pandangan

Wanita yang keluar rumah juga diwajickan untuk menjaga pandangannya. Bukan hanya lelaki sahaja yang haram meluaskan mata, tetapi wanita juga diharamkan menjeling. Perkara ini ditegskan Allah

Firman-Nya

Katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adlaah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahu apa-apa yang mereka perbuat. Dan Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan padangan dan memelihara kemaluannya: An-Nur:30-31

Baca lagi
Buku: Wanita juga boleh berbisnes, berguru kepad Khadijah

Nota penulis: Saya bagi 4 bintang untuk buku ini kerana ia menyentuh pilihan bekerja atau bisnes sebagai pilihan untuk muslimah. Malah ia juga memberi contoh wanita hebat dalam Al-quran sebagai panduan kepada kita semua-Masayu Ahmad


              http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/2012/06/wanita-juga-boleh-berbisnes.html

Juga dua pilihan berikut untuk bacaan harian anak-anak kita, kisah tauladan sepanjang zaman

RM45 -buku kulit keras

RM35-buku kulit keras




No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin