Saturday, July 7, 2012

Segar bertenaga

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih sayang, insya-allah satu lagi hari penuh aktiviti. Lebih banyak buku akan dimasukkan dalam senarai http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/

Alhamdulillah juga, mertua sudah sihat. Balik dari rumah ayah semalam, terbau enak gulai ayam. Biasanya untuk sarapan esok dan juga menu malam Dua dalam satu.

Insya-Allah saya akan lebih kerap menjenguk ayah, jadual masa untuk bulan puasa juga bertukar, kerana akan bergilir dengan kakak, minggu pertama kakak, minggu ke dua saya dan begitula seterusnya.

Mungkin tiga kanak-kanak riang akan menumpang belajar di taska sebelah masjid. Saya? Aktiviti adalah seperti biasa, akan lebih banyak urusan buku, operasi http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/ adalah berjalan seperti biasa, tempahan, pembeliana dan penghantaran adalah setiap hari.

Oh, ya juga dua bulan ini kembali fokus menyelesaikan manuskrip. Ya, Allah permudahkan lah jalan, permudahkan urusan. Semoga lebih banyak siap, kerana trek menyelesaikan iklan berjalan seperti biasa.

Hari ini mahu menyiapkan iklan sekolah swasta abadi, juga lebih banyak buku akan saya kongsikan dari masa ke semasa. Insya-Allah.

Kepada pembeli buku sekalian, terima kasih atas sokongan yang tidak terhingga. ;D Ada lagi beberapa perkara yang belum saya songki.

Salam kasih sayang, teruskan perjuangan hari ini, lupakan hal semalam, perbaiki diri dan tingkatkan amalan.

Ikhlas

http://www.facebook.com/masayuahmaddotcom





                                          http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom

Buku pilihan hari ini


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin