Tuesday, July 17, 2012

Mencintai Suami Dengan Sepenuh Hati




Perhatian untuk semua wanita

Badai yang mendatang dalam rumah tangga kadangkala begitu meruntun jiwa. Walau telah mencurah sepenuh tenaga dan keringat namun rumah tangga aman damai serta mawadah yang mendambakan masih juga belum kunjung tiba. Di mana salah silapnya?
Sedarlah wahai wanita sekalian. Inilah masanya anda menilai diri. Cukup sempurnakah anda sebagai isteri? Atau jujurnya anda mencintai suami setengah hati? Setengah hati lagi masih dipenuhi tuntutan dunia yang mahukan anda menjadi srikandi? Gapailah cinta suamimu. Dakaplah anak-anakmu sepenuh jiwa. Jadilah isteri, ibu dan Muslimah Solehah yang didambakan para suami.
Antara tip menarik
-Membincangkan perkara-perkara yang selalu dianggap remeh oleh isteri tetapi sebenarnya boleh mendatangkan barah dalam rumah tangga.
-Tip berguna untuk memaut suami dan cara-cara menjadi isteri ideal di mata suami.
-Kaedah berkesan dalam menangani badai rumah tangga
-Buku ini juga sarat dengan hadis-hadis nabi, kisah para sahabat dan petikan pujangga dalam mendidik wanita solehah.
Petikan mukasurat 68,69
Sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar. Rasa malu tidak menghalang mereka untuk bertanya tentang agama dan untuk memahaminya- Saiditina Aisyah



Seorang doktor sakit puan yang terkenal (dia telah berkahwin lebih dari sekali). Ketika gagal, dia juga terjerat dalam jerat kupu-kupu malam, dia ketagih sentuhan mereka.
Dia menyatakan tidak ada lagi istilah isteri dalam hidupnya. Baginya isterinya hanya inginkan surat perjanjian bertulis yang boleh menjamin masa depannya secara kebendaan. Isteri sepanjang hidupnya sentiasa memerah keringat suami tanpa mahu memberikan air kehidupan kepada suami.

Dia menyebut sebab-sebab yang membuat dia lari daripada isterinya dengan mengatakan
“Aku pulang dari hospital setelah seharian bekerja, untuk mendapatkan isteriku dengan baju tidurnya. Malangnya rambutnya tidak terurus rapi, bau bawang merah dan putih tercium kuat dari tubuhnya.Dia letakkan makanan di atas meja makan sebagai tugas wajibnya. Dia berbicara kepadaku tentang masalah kewangan keluarga. Dia berbicara kepadaku tentang masalah kewangan keluarga. Ketika malam menjelang, aku pulang dari klinik untuk mendapatkan isteriku malangnya dia telah tertidur lena dengan baju tidurnya juga.”


No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin