Tuesday, July 24, 2012

Mangkuk kaca-nostalgia ramadan hari ke empat

Teks & foto: Masayu Ahmad


Mangkuk kaca ini sudah lama usianya, waktu saya masih kanak-kanak, arwah emak selalu guna mangkuk ini untuk menghidang manisan tatkala berbuka. Ada kadangkala isinya akok, nek bat, sira pisang.

Semalam usai selesai memasak, saya mencari mangkuk ini.

Ketika sudah mahu berbuka, ayah bertanya.

"Kenapa keluarkan mangkuk ini?"

"Sajo jah, nok hidang ko siapa lagi, kalu buke ko ayoh," jawab saya. Takkan nak tunggu tetamu mahu nak hidang. Sebenarnya saya sudah kembalikan ingatannya kepada arwah emak."

"Dulu kalau mek masok gak, so mangkuk ni ayoh make pengat pise, so mangkuk ni make cendol. Berapa puluh tahun doh mangkuk ni." Menyoot kembali kenangan ramadan lalu bersama isteri tercinta.

Ya, sekarang usia saya 32 tahun, mangkuk ini lebih kurang usia itu. Semasa saya darjah 1  mangkuk ini sudah ada. Memang lama, tetapi kenangan lalu masih segar. Al-Fatihah buat mek, Rakiah Daud, semoga damai di sana. Dialah cinta hati ayah, kini dan selamanya. Kata, ayah tidak ada galang ganti. Mek isteri terbaik buatnya.

Pesan ayah,

"Kalau memasak, masak yang terbaik, masak apa yang mahu dimakan. Hidangan yang terbaik. Tengok mek buat lagu mano ko ayoh."

Pesanan ini sebenarnya ingata kepada saya, apabila mahu menghidang kepada sesiapa sahaja, suami, ibu bapa mertua, tetamu, anak-anak, sesiapa sahaja. Masak dari hati ke tangan, masak dengan penuh kasih sayang. Kalau kita buat sambil lewa, masakan juga tidak sedap.

Nah, memasak juga ada seni kan. Dapur adalah satu daerah bagaimana seorang isteri menyemai cinta kepada suami. Rahsia air tangan, ia takkan dapat dengan membeli di kedai.

Memasak penuh seni, hidangkan dengan kasih sayang. Membeli di kedai memang mudah, tetapi aura kasih syaang itu tidak mengalir ke tubuh. Bukannya makanan yang baik itu adalah hasil dari air tangan isteri, buat suami dan anak-anak.

Ini yang saya lihat juga, mertua jarang membeli, ayah mertua juga suka makan di rumah sahaja. Suasana dapur selalu ada aktiviti, mahu atau tidak saya perlu ambil ini sebagai pengalaman manis untuk saya serap masuk sebagai didikan moral orang tua kepada saya.

Kita selalu pergi ke kedai cari menu terbaik dan juga hidangan dan suasana. Begitu juga ayah, dia kelihatan cerewet, pembersih dan sedap. Tidak boleh salahkan ayah, kerana nilai-nilai ini memberi keselesaan ketika mengambil rezeki dalam keadaan perut kosong dihidangkan menu kesukaan.

Hari ke empat Ramadan saya masak gulai ikan kerisi segar ala kelantan, saya masukkan daun kesom, aroma wangi dan enak, membuatkan ayah bertambah nasi. Saya seronok apabila saya masak ayah makan dengan selera.





Buku pilihan untuk hari ini, sesuai untuk bacaan anak-anak



http://www.facebook.com/media/set/?set=a.435042806518332.92291.325713544117926&type=3



No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin