Tuesday, July 3, 2012

Saya sudah resign, Puan Mahya Tarip

Olahan: Masayu Ahmad
Salam semua, saya mahu berkongsi di sini, insya-allah bulan depan (Ogos), saya akan jadi WAHM. Memang sudah lama merancang. Semalam bos panggil dan maklumkan bahawa syarikat tidak lagi boleh memanjangkan perkhidmatan saya sebagai kakitangan, disebabkan kesukaran mendapat projek-projek construction. 
Pada saat itu perasaan saya tidak sedih langsung, mungkin sudah ada niat untuk berhenti, cuma tunggu masa yang sesuai sahaja. Alhamdulillah, akan dapat juga pampasan. Syukur, apabila beritahu suami dan keluarga, tidak ada apa-apa bantahan. Mungkin diorang faham saya sudah nekad untuk bisnes dan jaga anak-anak sendiri. 

Analisa


Bagi kes Puan Mahya Tarip, beliau sudah bersedia terlebih dahulu sebelum melangkah sepenuhnya bekerja dari rumah. Sambil bekerja beliau mengusahakan dahulu bisnes online selepas waktu pejabat. Banyak lagi 
yang akan dikongsi.









Foto: http://www.facebook.com/RoomofClothDiaperbyMamaMahyaShoppe

Sudah lama kan saya tidak berkongsi blog pilihan, ok kali ini saya akan berkongsi lebih banyak wanita-wanita hebat yang sudah menjana pendapatan dari rumah, tidak kira yang sudah letak jawatan atau tidak.

Puan Mahys sudah memiliki ebook www.janawangdirumah.com, dua hari lepas dia mahu lagi buku Jana RM dari Rumah. Terima kasih Puan.

Kepakaran beliau ialah menjual lampin kain moden atau nama popular CD.








No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin