Friday, June 22, 2012

Urus, wang, keluarga, masa, kerjaya-tips wahm, soho

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih dan sayang, alhamdulillah atas nafas hari ini, semalam saya berkesempatan hadir seminar DAO, ramainya usahawan, dewan penuh sampai belakang, perlu duduk kerana tidak cukup kerusi. Kalau tak silap saya 23,000 yang mendaftar secara online. Banyak ilmu yang dikutip.

Bersyukur, 

Ini antara tips asas, untuk menjadi usahawan yang berjaya, kalau kita tidak dapat bersyukur dengan apa yang kita ada pada hari ini, tak usahlah berangan menjadi usahawan yang berjaya. Lagi pula mereka yang bersyukur adalah meraka yang sentiasa berusaha mendapat yang terbaik dalam mengejar matlamat. Akan tetapi tetap rasa syukur dan redha jika tidak dapat, alihkan semula apa yang tidak dapat itu dengan syukur dengan apa yang ada berbanding dengan orang lain yang masih banyak kekurangan. Juga, teruskan momentum berusaha untuk mencapai matlamat.

Bersedekah
Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki. Maksudnya, Allah mahu melihat kita bagaimana kita boleh mengurus rezeki dengan baik. Adakah kita semakin kedekut atau bertambah pemurah. Semakih ikhlas dan pemurah, insya-allah pemilik rezeki akan bagi lagi, lagi dan lagi. Kerana Dia tahu siapa layak mendapat dan mengurus rezeki dengan baik. Dalam bahagian rezekita kita, sudah tentu ada hak orang lain. 

Hari ini

Kanak-kanak masih tidur, semalam satu hari juga bekerja. Pun begitu sebelum keluar jam 11, saya mask nasi lemak daun pandan, udang goreng pedas, telur rebus, cekodok (digoreng kakak ipar), dan juga teh o panas, hidangan pagi Jumaat. Jam 1 balik, kemudian jam 2.40 keluar lagi bersama en.suami untuk hadir seminar.

Hari ini belum memasak sarapan lagi, kain sudah sedia untuk dilipat, digosok, mungkin petang balik sekejap rumah ayahanda.

Semalam nasib baik Arissa sangat baik, sebab pengasuh ada urusan. Jadi Arissa ditinggalkan bersama mok, Arissa mula tidur jam 1.30 hingga 4 petang. Maksudnya hanya 2 jam sahaja jarak selepas dia bangun menunggu saya balik.

Tak apa  dik, nanti kita bercuti ibu ganti semula ya.

Rutin hari ini, selain pos buku-buku yang ditempah, saya akan memuat naik buku-buku yang belum lagi disenaraikan di http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/. Banyak lagi sebenarnya stok yang belum saya siarkan, insya-Allah beransur-ansurlah ya. Sebelum itu singgah dahulu. Ok untuk pilihan hari ini, adalah buku di bawah terbitan Al-Hidayah Publisher. Saya ada menulis tips-tips sebegini dan dimasukkan dalam manuskrip, tetapi apabila melihat stok buku ini, hati sangat gembira. Jadi kalian sudah boleh mendapatkannya.

Klik di bawah ini untuk pembelian.
http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/2012/06/kumpulan-tips-aktiviti-suri-rumahtangga.html

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin