Thursday, June 14, 2012

Siapa yang layak?


Teks: Masayu Ahmad



Siapa yang layak

Salam kasih dan sayang, pada petang Jumaat yang mulia. Menu istimewa hari ini sup tulang, kerabu nangka, ikan kering dan manisan serawa durian dimakan bersama roti.
Banyak betul perkara yang mahu dikongsi. Pada masa saya membasuh pinggan mangkuk, melantun-lantun bergayutan di kepala. Sekarang tinggalkan sebentar tulang yang masih ada atas api, tunggu empuk dahulu sebelum dijadikan sup.

Orang yang layak
Banyak yang saya salami dan ambil iktibar, apabila membaca kisah-kisah kejayaan usahawan yang berjaya. Dalam apa bidang sekalipun, mereka ini terus-terusan suka berusaha dan tidak kenal erti putus asa. Ia menjadi darah daging dan tidak pula berhenti di tengah jalan, selain meneruskan perjuangan.
Selesai satu ujian, mereka akan alami satau ujian pula. Pada ujian halangan seterusnya menjadikan mereka lebih kreatif dan lebih tegar. Itulah antara yang saya sebut dalam entri yang lepas, selepas kita menemui satu kunci, kita akan mendapat kunci yang baru. Kemudian apabila berada di puncak, sudah mencapai matlamat, kita akan membaling kunci itu kepada meraka yang lain. Mereka yang sedang mendaki dan menyelesaikan kunci demi kunci.

Sedia berkongsi
Orang kaya yang sebenar juga, suka berkongsi. Berkongsi cara atau panduan yang dilalui sebelumnya, kepada mereka yang ingin berjaya sepertinya. Dia tidak kedekut ilmu, malah berkongsi dan memanfaatkan apa ilmu sedia ada dan pada masa yang saya masih meneruskan perjuangan sehinggalah tamat garisan dan beralih ke alam lain.


No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin