Friday, June 8, 2012

Bangun berjuang!

Teks: Masayu Ahmad



Salam kasih sayang, hari ini sudah Sabtu di bulan Jun 2012, sudah pertengahan tahun. Cepat sunggu masa berlalu. Tidak lama lagi akan singgah pula bulan Ramadhan. Insya-allah. Ini tahun ke dua berpuasa dan berhari raya bersama orang tua. Ini juga rezeki kan.

"Orang tua bukannya semata-mata mahu wang ringgit, mahu anak cucu datang bertanya khabar. Hilang sunyi, hilang rindu. Anak-anak cucu boleh memeriahkan hari-hari tua sebelum menutup mata." Pok Mat.
Semalam saya berkesempatan melihat TV 9, hanya sekejap sahaja bersama Prof. Dr.Muhaya. Antara kata-katanya yang melekat.

"Berapa ramai di sini yang sayang kepada mertua. Berapa ramai di sini yang bersyukur kerana mertua telah melahir dan membesarkan suami kita." Prof.Dr. Muhaya

Dua kenyataan di atas, jujurnya lahir dari kata-kata warga yang berusia dan berpengalaman. Apa yang perlu sekarang saya dan kalian juga, sama-sama muhasabah diri.

Hidup ini bukan semata-mata mengejar wang, wang, wang. Tetapi ia adalah keseimbangan, bagaimana kita memberi dan meletakkan diri dalam apa-apa juga perkara.

Beberapa hari lepas juga saya terserempak dengan Ah Soo, sudah lama tidak jumpa dia. Sebagaimana biasanya basikalnya sarat dengan pelbagai bahan buangan yang dikutip iaitu bahan kitar semula seperti kertas dan kotak.

Gigihnya seperti biasa. Gigih berjuang mencari rezeki. Tidak kira panas dan hujan terus sahaja melangkah keluar mencari rezeki. Jika hujan badannya dilindungi dengan plastik besar, tetap meneruskan kayuhan seperti biasa.

Maka, saya malu dengan Ah Soo, kerana saya ada kenderaan yang cukup laju untuk bergerak, ada hawa dingin. Ah Soo hanya basikal yang sudah uzur tetapi masih digunakan sebaik mungkin. Saya? Kalau hujan masih lagi boleh bekerja, di rumah di mana-mana. Jika ini pun tidak boleh lihat dengan mata hati, saya memang malu dengan Ah Soo.

Jemput singgah di sini

  http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin