Wednesday, June 13, 2012

Konsisten

Teks: Masayu Ahmad

\\
                                                http://www.xpresszoom.com/dinibatik

Balik petang semalam, ada kerabu nangka dan gulai tempoyak ikan patin. Sangat sedap dan sedap lagi kerana ia masakan kasih sayang dari mertua. Jika hari Rabu begitulah. Berselang giliran, pagi jika saya sempat saya masak, selalunya tidak ;P. Petang saya cuba sedapa upaya untuk menyiapkan makan malam. Harapnya ia konsisten.

Alhamdulillah hari ini berjaya awal dari semalam. Saya kembali berada di 'port' saya. Minggu ini kanak-kanak riang banyak memberi 'warna warni' waktu pagi. Hari ini lebih awal. Insya-Allah minggu depan saya akan hantar lebih awal.

Penangan cuti sekolah dua minggu menyebabkan Aiman dan Arif sukar untuk bangun pagi. Itu semua kembali kepada saya, saya yang mencorak, jadi sekarang saya perlu pilih corak lain pula agar anak-anak suka bangun pagi.

Anak-anak tidak salah, saya yang salah. Jadi walau geram, saya perlu istigfar banyak-banyak. Bersyukur kerana Allah memberi tanda 'kesabaran' sebagai ujian kepada kita sebagai 'ibu' untuk lebih banyak istiqamah menangani hal anak-anak.

Promosi para ramadhan- Kos penghantaran percuma, RM240 sahaja

Klik di sini untuk tempahan naskah


Kembali kepada tajuk, konsisten. Konsisten di sini bermaksud konsisten, menjual, meneruskan kerja, hobi, menjana wang, sabar, menabung atau apa sahaja.

Sangat penting dalam apa sahaja untuk mencapai matlamat, selepas kita tahu dan jelas dalam matlamat kita perlu konsisten dalam urusan kita. Ini bukan saya kata, tetapi kebanyak buku-buku motivasi, rahsia sukses menyatakan hal yang sama.

Seronok, tekun dan semangat

Kita pilih kerja yang kita suka dan seronok, ia akan menjadi sebati. Kita memilih jenis kerja atau bisnes bukan kerana ikut-ikutan tetapi pilih kerana kita suka melaksanakannya.

Saya sendiri setiap hari perlu konsisten menulis, walau sedikit, saya perlu menulis. Ia ibarat wang, simpan sedikit sedikit lama-lama jadi bukit.

Salam kasih sayang

Jika mahu bekerja sendiri dan bebas, boleh mulakannya dari sekarang, mungkin panduan ini bermanfaat untuk kalian, klik di sini untuk membeli, www.janawangdirumah.com.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin