Saturday, June 30, 2012

Tips super mak-doa minda separuh sedar


Alhamdulillah perjuangan hari ini diteruskan. Kanak-kanak riang sudah ke sekolah, jadi saya ada masa sehingga jam 6 petang untuk memecut. Sebelum itu saya mahu kongsi senarai kerja dahulu


Hakim
1. Perlu semak semula, ada latihan buku Hakim yang ibu tidak semak, jadi mulai minggu ini semuanya perlu disemak semula. 
2. Ibu perlu selalu berada bersama Hakim siapkan kerja sekolah. Semalam tidak mahu buat latihan Bahasa Melayu-katanya tidak apa. Jadi mulai minggu ini perlua tukar, tidak boleh latihan perlu dibuat.
3. Ibu perlu jadualkan semula sesi mengaji quran untuk Hakim, bacaannya semakin lancar, jadi 6 bulan dalam 2012 ini Hakim perlu khatam quran. Jadi hari Jumaat dan Sabtu sesi jam 2-3 petang. Malam hari setiap hari, ada satu lagi sesi yang sedang ibi carikan untuk Hakim. Apa pun Hakim memang best.

Arif
1. Tidak ibu sangka kertas ujian Bahasa Arab, Jawi, Bahasa Inggeris, Matematik mendapat 100 markah, yang lain dalam 90 dan ke atas. Aduhai Arif, dia memang tekun dan suka selongkar dalam kotak cari buku untuk dibaca. Jadi ibu perlu lebih peka perkembangan Arif. Ibu mahu semua sambung belajar tahfiz sains, jadi sama-sama kita berusaha ya Ariff.

Aiman
Aiman, selalu bawa buku dan quran untuk baca sama-sama. Bacaan untuk solat alhamdulillah semua lancar. Memang bagus anak-anak yang diasuh PASTI. 

Tugas Ibu

1. Cari jadual semula untuk sesi mengaji kanak-kanak riang.
2. Susun semula semua jenis buku dan latihan yang sesuai untuk Hakim, Arif, Aiman dan Arissa
3. Kita akan mulakan selewatnya bulan Ramadhan ini, insya-Allah.

Kerja rumah tangga

1. Mahu sisihkan mana-mana barang yang ok, akan disedekahkan.
2. Mahu jual apa-apa barang, rasanya banyak yang tidak perlu setakat ini. Mahu ruang yang lebih minima dan saya perlukan masa yang lebih praktikal untuk mengemas. Jadi yang lebih penting akan diutamakan.

Kedai Buku Online
1. Ada satu lagi sesi penting.
2. Senarai buku akan dimuat masuk setiap hari, insya-Allah

Hari ini
1. Siapkan iklan Sekolah Swasta Abadi
2. Jadual semula penulisan buku dan ebook

Impian ibu


Kita tidak ada pembantu rumah, tetapi masa yang ada adalah untuk keluarga, urus kerja rumah, menulis dan kedai buku online. Ini adalah pilihan terbaik untuk ibu. Akan tetapi akan ia lebih menarik jika ia berada dalam halaman yang segar dan menghijau, ini adalah contoh. Ibu lebih sukakan ruang terbuka, sambil urus hal  rumah tangga, sambil semak kerja sekolah anak-anak. Tahun-tahun akan datang lebih sibuk, apabila Aiman dan Arif mula bersekolah, ibu perlu bersedia dari sekarang. Ini adalah doa untuk minda separuh sedar, insya-allah ibu sangat yakin, dan akan berusaha ke arah itu. Amin.

Ini antara impian yang diletakkan dalam minda separuh sedar sudah berjaya, kalian perlu yakin dan tetapkan matlamat dari sekarang.

1. Mahu kerja dari rumah alhamdulillah- sudah
2. Mahu tulis dan terbit ebook dan buku-sudah
3. Mahu hijrah pindah ke Kelantan-sudah
4. Mahu Kedai Buku Online http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom- sudah
5...........................
6..........................
7..........................
8........................
9........................
10...........................

Ada enam lagi yang perlu saya selesaikan tahun ini 2012. Insya-Allah, amin-amin


Buku pilihan hari ini

RM20 termasuk pos, klik di bawah untuk membeli










No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin