Saturday, June 23, 2012

Super Mak- tips fleksibel

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih sayang, hari yang penuh aktiviti sudah bermula. Seawal  pagi begini 6,7,8 saya akan mula

1.Menggosok pakaian Hakim dan en.suami. 
2. Kemudian menyusu dan mandi, dan suapkan Arissa.
3. Menyusun barang-barang Arif, Aiman dan Arissa
4. Mandikan Aiman, pakaikan dan suapkan.
4. Mandikan Arif, pakaikan dan suapkan.
6. Lari sebentar jemur pakaian
7. Kemaskan dapur, cuci pinggan mangkuk
8. Kemaskan ruang tamu, kemaskan bilik tidur.
9. Biasanya kalau rajin lipat kain dahulu
10. Akan mandi semula dan pakai baju.
11. Bergerak hantar kanak-kanak riang
12. Selesai di situ dan rasa lega di dalam kereta.

Jam 9, 10, 11, 12
Urusan kerja
1. Kalau ada temujanji untuk iklan saya akan terus ke tempat kejadian
2. Jika tiada akan terus ke 'port'
3. Akan mula mellihat semula senarai
4. Mula selesaikan satu persatu

Jam 1, 2, 3, 4

1. Hantar buku-buku
2. Kadangkala awal pagi kadangkala waktu petang
3. Update page iklan
4. Update, blog, iklan, fb dan sebagainya
5. Saya biasanya makan pada jam 11 iaitu untuk sarapan dan makan tengahari terus
6. Saya akan minum susu kambing, kopi jam 2, jadi perut tidak lapar sampai ke petang

Jam 5,6,7,8

1. Biasa saya akan sampai awal ke rumah sebelum Asar, mandi dan solat kemudian pecut ambil kanak-kanak.
2. Atau solat asar dahulu dari mana-mana tempat dan pecut ambil kanak-kanak
3. Bersambung dengan tugas jam 6, 7,8, yang saya sudah kongsi pada entri sebelumnya

Tips

1. Malam hari biasanya, sambil buat kerja rumah, sambil itulah menulis entri, update buku, iklan dan kerja-kerja rutin

2. Saya tidak meletakkan rutin yang sama, kadangkala ia ditukar pada apa yang menjadi keutamaan minggu tersebut, contohnya jika banyak untuk kerja iklan, makan minggu itu adalah berkaitan iklan

3. Jika mood menullis sedang mengebu, maka minggu itu saya menulis.

4. Begitu juga dengan urusan rumahtangga, jika rajin akan lipat setiap hari, ada masa sekali seminggu, ada masa berselang hari. Ada masa saya lakukan pagi hari, petang atau malam.

5. Kata kunci di sini adalah fleksibel dan kita tidak tepu melakukan kerja atau rutin yang sama.

Buku di bawah mungkin boleh dijadikan salah satu bacaan kalian

Klik di bawah untuk pembelian





No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin