Wednesday, June 27, 2012

Jutawan senyap vs jutawan bising

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih sayang, sudah jam 9.20 pagi, ramai sudah yang sudah berpagi-pagi keluar mencari rezeki, ramai sudah yang berpagi-pagi di depan komputer, ramai sudah yang berpagi-pagi di FB. Apa pun teruskan untuk perjuangan hari ini.

Ok, saya suka salah satu dalam petikan buku Dato'Rusly, ketika beliau bekerja sebagai pegawai bank, beliau suka melihat angka-angka yang besar dan ingin tahu siapa pemilik akaun tersebut. Beliau berusaha untuk mendampingi mereka.

Nyata, sekali wang simpanan yang besar adalah hasil simpanan pendapatan yang disimpan konsisten setiap hari. Dan, kebanyakannya adalah dari pemilik bisnes.

Perisik rahsia

Saya suka menemuramah mereka yang sedang mendaki, dan yang paling penting adalah pemilik bisnes jutawan yang jujur lagi rendah diri.

Apa yang menariknya penulis seperti saya, rasa sangat  teruja terhadap sikap jutawan senyap yang sangat banyak di sekeliling kita. Mungkin, mudah kita menjejaki usahawan sukses yang selalu dikongsi melalui internet, tetapi bagaimana pula yang masih 'low profile' yang tidak ada langsung kisahnya disiarkan di media. Inilah tugas yang saya suka, kadangkala apabila mereka bercerita, tidak sedar sebenarnya memberikan tips-tips bisnes yang tidak ramai orang tahu. Akan tetapi, tugas saya semula menapis dan  mengenalpasti mana-mana tips yang bagus untuk diambil, dicatat dan dipersembahkan semula dalam bentu tulisan. Ini juga sebagai  amanah, melalui penulisanlah agar ia dapat dimanfaatkan semula di dalam blog dan mana-mana buku dan ebook tulisan saya. Semoga Allah memberikan saya kesihatan yang baik, untuk meneruskan tugas ini.Insya-Allah.

3 tips berikut yang boleh diamalkan untuk bisnes sukses- (rahsia jutawan senyap dan juga jutawan bising)

1. Sedekah, sedekah, sedekah, setiap hari dan sudah tentunya penuh keikhlasan.

2. Mentor-siapa mentor kita, Nabi Muhammad, Siti Khadijah adalah carta paling utama, seterusnya pilihan mentor kita mengikut bida. Memandangkan kita adalah usahawan wanita yang bekerja dari rumah, pilih usahawan yang tersohor dalam sejarah Islam,kemudian pilih mentor bekerja dari rumah yang sudah berjaya, piliha pula bidang apa penulisan, jualan barang bayi, masakan, kek cawan dan banyak lagi.

3. Susun strategi mengikut matlamat-buat pelan tindakan besar, pecahkan tindakan kecil mengikut sasaran masa. Semakin singkat kita mampu mengejar masa semakin cepat kita berada pada laluan betul untuk mencapai matlamat.

Buku pilihan minggu ini, saya masih menelaah buku ini. Saya syorkan buku ini kepada kalian, ia mengupas tentang pilihan wanita bekerja, bisnes, bekerja mengikut saranan Islam, tips bekerja dari rumah dan ia sangat relevan atau sesuai untuk wanita dan bisnes.


Wanita juga boleh berbisnes, berguru kepada Khadijah.

Wanita sering dihadapkan pada dua sudut ekstrem yang sama-sama menjerumuskan mereka pada keadaan yang wajib untuk memilih. Di satu sudut, ia harus berada di rumah, mengurus anak-anak, mengelap lantai, mencucui pakaian keluarga dan tidak boleh keluar rumah. Akibatnua hak-hak mereka sebagai hamba Allah tidak dipenuhi. Mereka tidak mendapatkan pendidikan yang baik, pergaulan yang semestinya serta potensi diri yang terkekang. 
Di sudut lain, kita menyaksikan para wanita berkeliaran bebas tanpa ikatan. Waktu kerja dari pagi hingga malam, membuat mereka tidak pernah mempedulikan anak-anak. Apabila gaji meteka jauh lebih besar daripada laki-laki, membuat mereka kadang ego dan kehilangan rasa hormat terhadap suami.
Islam memberikan begitu banyak panduan tentang orbit wanita dalam sistem kehidupan. Menurut tuntunan Rasulullah s.w.t, Islam sebagai agamat yang amat memerhatikan masalah keseimbanga, menegaskan bahawa perempuan adalah pendambing lelaki dalam usaha menegakkan kalimah Allah s.w.t. Jika hendak diumpakamkan, perempuan dan laki-laki laksana dua bintang yang berad apada orbit yang berbza. Namun keduanya memiliki peranan yang sama dalam menentukan keseimbangan sejagat.

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin