Monday, June 11, 2012

Aura pagi

Teks: Masayu Ahmad


"Aiman comel, bangun, bangun, sudah pagi," ibu memulkan sesi kejut mengejut.

"Tak nak pergi sekolah, tak nak pergi sekolah," sambil pejam mata.

"Tak boleh man, kena pergi sekolah, budak pandai kena pergi sekolah," pujuk ibu lagi.

"Tak nak lah ibu, Aiman nak tinggal dengan atuk."

Ibu angkat dan peluk Aiman.

"Tak nak pergi sekolah ibu," sambil pejam mata, badan sudah dalam dokongan ibu.

"Iman kena pergi sekolah, semalam sudah janji mahu pergi sekolah,"pujuk lagi.

"Tak nak mandi."

"Ok, ok, tak payah pergi sekolah, tapi kena mandi dulu,"pujuk ibu lagi.

Aiman akur, buang pakaian dan kemudian ibu angkat Aiman ke bilik mandi. Sekali lagi adegan mengada-ngada.

"Nak mandi dengan air panas."

"Yelah, yelah."

Usai air panas dan sejuk bercampur. Aiman sudah ok, berendam dalam besen biru. Ibu biarkan Aiman sambung menyusu Arissa. Setiap hari begitulah abang Aiman.

"Ibu, ibu, nak basuh kepala." Aiman jerit panggil nama ibu.

"Ya, ya, ya." Ibu bergegas kembali kepada Aiman. Jirus air, gosok sabun dan bilas.
Usai selesai naik ke atas.

"Tak nak pakai baju sekolah."

"Tak apa, nanti Aiman ikut ibu pergi kerja."

Aiman pakai baju sekolah. Kadang-kadang mood angin, dia pakai dan kembali berbogel.

Ibu biarkan Aiman seketika. Arissa sudah siap dan wangi, semua beg sudah masuk dalam kereta. Sekarang giliran Arif pula untuk dikejutkan. Akan berlaku adegan yang sama.

Semuanya akan selesai selepas enjin kereta dihidupkan. Aiman akan gegas pakai baju.

"Ibu, ibu tunggu. Jangan tinggal Aiman!"

Sampai di PASTI. Lagi sekali drama swasta bersambung.

Tetapi apabila jejak sahaja kaki ke tanah. Aiman dan Arif akan laju sahaja masuk kelas.

Alahai anak. Tidak sah waktu pagi kalau ibu tak mandi dua kali. Sepanjang tempoh ini, Arissa paling mudah untuk diuruskan. Usai mandi, makan, menyusu dan berpakaian, dia akan mula lambai tangan kepada atuk dan mok.

"Bai, bai." Arissa dah nak ke sekolah.



Saya memang comel

                                                  Setiap hari saya nangis sebab nak dokong dengan ibu
                                                          Saya suka ibu peluk saya setiap hari.
Aiman suka sekolah, cuma Aiman mahu manja-manja.

Salam kasih sayang

http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin