Saturday, June 30, 2012

5 gaya hidup wanita cemerlang

Teks: Masayu Ahmad

Salam kasih sayang, saya sudah kembali ke negeri Cik Siti Wan Kembang, alhamulillah
Untuk minggu ini saya mahu terapi minda. Jadinya dua buah buku, salah satunya 5 Gaya Hidup Wanita Cemerlang.

Kita teliti apa pandangan Prof.Madya Dr Harlina Haliza Siraj tentang buku ini.

Saya tertarik melihat bagaimana penulis menghuraikan tentang siapa itu 'wanita berinisiatif' dan 'wanita beremosi'. Contoh-contoh yang diambil juga meliputi setiap zaman dan tempat, mengambarkan betapa meluas kajian dan penyelidikan oleh seorang penulisa yang bertanggungjawab, yang mahu memastikan hanya fakta yang tepat yang dijadikan bahan analisis agar pembaca beroleh maklumat dan pengetahuan yang segar, bugar dan membangkitkan semangat.

Benar, semangat pembaca pasti bangkit selepas membaca beberapa helai muka surat dari buku ini. Pembaca akan melalui satu pengalaman dan perjalanan kembara ilmu yang memanfaatkan semua pengetahuan asas yang sememangnya sudah ada dalam diri kita semua, untuk memahami dan menelusuri topik perbicangan mengenai potensi wanita yang dianugerahkan Allah s.w.t





No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin