Tuesday, June 5, 2012

Hebat dan bersemangat!



Teks: Masayu Ahmad

Salam kasih sayang, petang begini jika ada teh panas dan keropok lekor memang sedap. Ke mana-mana pergi sekarang, saya baca dan khatam, ulang baca dan baca lagi buku tulisan Dato Rusly, jika mahu buku ini kalian perlulah datang ke sesi bersama beliau.

Memang banyak ilmu segar yang dikutip, banyak menyentuh tentang semangat, motivasi, bisnes kecil, kelangsungan bisnes, dan yang paling penting perlu ada ilmu dan mentor jika mahu berjaya.

Sebelum itu, kata-katanya yang pernah saya tulis di wall facebook, berhubunglah dengan Allah sampaikan proposal bisnes kepada Allah, apabila Allah sudah setuju dan kita sudah 'partner' dengan Allah, mintalah apa-pun urusan dipermudahkan.

Logik akal kita, sudah tentu bersetuju kaitan rezeki dengan pemberi. Yang lain-lain adalah perantara, pemudahcara, untuk kita dapat apa yang kita perlu.

Apabila kita mahu dan sasar 10 k sebulan, tetapi hanya 1k yang dapat, sudah tentu ada sebab mengapa 9k lagi belum dapat. Mungkin kita tidak bersyukur, kita tidak berdoa, kurang usaha dan sebagainya.

Saya mahu berkong salah satu petikan dalam buku Dato Rusly ini

"Sebelum kamu memutuskan untuk menceburkan diri dalam perniagaan, tanyalah diri lima soalan.

1. Adakah perniagaan itu pilihan diri mu sendiri, betul-betul dari dalam hati?

2. Adakah engkau merasa seronok atau asyik melakukannya?

3. Adakah engkau bertekun dan bersungguh melakukannya?

4. Adakah engkau sanggup bermatian untuk mempertahankannya?

5. Siapakah yang akan mendapat faedah utama dari perniagaan yang dijalankan?


Assalamualaikum
Buat warga selangor dan Kuala Lumpur!
insyaAllah, Mini Seminar Amal Sogeh Jutawan Senyap akan diadakan di
tingkat 3, B8 , Jln Teknologi 2/1A, Signature Park, Kota Damansara, PJ. (Sebelah Kolej SEGI)
pada 8 Jun 2012 (Jumaat)
pada pukul 8.30 malam.
yuran: percuma
Bersamalah kita mendaki kejayaan!


Dapatkan panduan bekerja dari rumah di link ini www.janawangdirumah.com

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin