Thursday, June 21, 2012

Super mama super!

Teks: Masayu Ahmad
Penaja:http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/2012/06/super-wife-super-mom-super-women.html

Klik di sini untuk pembelian

"Ibu Aiman nak berak," laung Aiman dalam bilik air. Padahal memang 'sedang' berak pun.

"Ibu, ibu, nak nasi telur kicap," mohon Arif pula, sambil mengesel-gesel badannya di belakang ibu.

"Ya, ya, ya, sabar, ibu menyusu Arissa," padahal ibu baru sahaja baring mahu menyusu dan baru mahu melepaskan penat seketika.

Ini adalah tempoh masa kritikal setiap hari, jam 6 hingga 8 malam. Mahu atau tidak selepas sampai di rumah jam 4 atau lima, saya akan mandi dulu, kemudian asar dan kemudian pecut dan ambil kanak-kanak.

Biasanya lima minit Arissa mahu menyusu dahulu, kerana sudah rindu akan susu ibu. Kemudian sampai rumha, terus masuk dapur. Semalam goreng kan keropok dan bancug teh o panas.

Selesai menu petang, akan pecut pula menu untuk malam, masak nasi, masak lauk. Selesai di situ akan suapkan Arissa. Kanak-kanak riang bertiga akan dimandikan ayah mereka. Juga kain baju akan diuruskan en.suami.

Saya akan rehat ketika jam maghrib hingga isyak. Jika anak-anak semua tidur saya, masa itulah saya sambung kemaskini tugasan untuk hari berikutnya.

Inilah catatan super mama super, jam 5,6,7,8

Dalam fikiran terkini, saya merancang untuk menghantar kanak-kanak riang mengaji pada waktu mala. Jadi al-quran sebagai terapi tidur. Hakim sekarang tidak mahu untuk diajar, mahu tapi mengada-ngada, tiba-tiba menguap, lapar, mengantuk dan ada sahaja alasannya. Ibu perlu tukar rentak baru untuk anak-anak.Mungkin  selepas pulang dari Langkawi mereka akan terokai semual 'agenda' ibu yang baru.

Saya masih menanti proses buku supermama ideal tulisans sendiri. Namun disebabkan suka melihat cover buku di atas, makanya saya masukkan dalam senarai jualan dalam Kedai Buku Online. Ada satu lagi buku yang sesuai untuk kalian yang memang super seperti saya ;D

Salam kasih sayang

Terima kasih kalian yang berurusan dengan saya hari ini. Saya suka anda gembira, dan saya gembira apa yang saya kongsi ini bermanfaat.

Inilah syurga saya

                                        http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom


No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin