Monday, June 25, 2012

Berjimba, kerja, cuti-tips wahm soho


Salam kasih sayang

Ok, rasa segar semula selepas mandi. Saya perlu mula berkemas, kemas beg untuk lima hari, Langkawi dan Penang. Berkemas rumah dan dapur, tinggalkan dalam keadaan baik. Berkemas untuk Hakim, kerana Hakim tidak ikut sama.

Apa yang seronok sebagai wahm, soho

1. Kita pilih waktu kerja yang kita suka

2. Kita pilih hari cuti kita suka

3. Kita boleh gabungkan cuti dan kerja

4. Kemana-mana sahaja atau dimana sahaja, boleh buat kerja.

5. Fleksibel masa, kerja, bersama keluarga

6. Apa yang seronok, pada masa orang lain kerja, kita boleh bercuti dengan riang ria. Orang lain cuti kita boleh kerja bila-bila masa. Orang lain cuti kita juga boleh cuti.

Tips

1. Senaraikan semua sekali bahan kerja yang ingin dibawa

2. Senaraikan barang-barang yang perlu dibawa

3. Senaraikan aktiiviti untuk kanak-kanak riang

4. Senaraikan aktiviti anak-anak yang tinggalkan di rumah. Kenalpasti jadual sekolah, barang, pakaian, siapa yang hantar dan pulang, siapa yang jaga.

Buku pilihan hari ini

Klik di sini untuk membeli http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/2012/06/wanita-juga-boleh-berbisnes.html

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin