Wednesday, June 27, 2012

Petang yang harmoni

Teks: Masayu Ahmad


Sudah petang jam 4.43, oh sudah rindu pula anak teruna di kampung. Padahal baru saja satu hari. Meraung juag si Hakim, tadi ketika saya menghubungi.

"Abang rindu ibu, cepat lah balik."

"Ya, ya nanti ibu cepat balik.

"Cepatlah balik," sambil selang seli suara kasar Hakim bercampur sendu air mata drama.

"Iya, nanti esok akan sampai hadiah Hakim, tunggu ya," saya pujuk Hakim. Semalam sudah order ipad kanak-kanak untuk Hakim. Moga ia boleh reda perasaannya sepeningalan ibu, ayah, arissa, aiman dan arif.

Semalam pun beberapa kali tersedar, aduhai teringat pula akan anak. Itulah hati ibu. Dua lagi sedang lena tidur, Arif kurang sihat. Mungkin malam nanti baru keluar ambil angin luar.

Banyak lagi dalam senarai yang belum selesai, moganya dapat selesai dengan baik. Juga setiap minggu saya akan masukkan buku-buku baru yang terkini.

Arissa masih ada di sisi menemani ibu, tadi mahu solat, dia duduk sebelah angkat takbir dan sujud, aduh adik memang comel, tersentuh lagi melihat gelagat Arissa.

Memang lambat dia bertatih, usia sekarang sudah cecah setahun setengah, belum berani jalan laju-laju, baru dua tiga langkah. :D

Bersambung lagi...

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin