Monday, December 31, 2012

Ceria tahun baru 2013



Latar belakang saya?

Saya adalah lepasan Universiti Sains Malaysia dalam bidang Komunikasi Massa dan pengkhususan kewartawanan.

Selepas tamat belajar saya memulakan kerjaya pertama sebagai wartawan Kumpulan Karangkraf, kemudiannya cuba mengambil angin baru di sebuah institusi kewangan mikro sebagai Pegawai Penerbitan. Masih berada dalam lingkungan bidang yang sama iaitu penerbitan dan penulisan. Ketika belajar dan bekerja aktiviti saya masih diselang seli dengan berniaga sebagai hobi.


Namun selepas berkahwin pada 2005, saya mula merancang untuk berhenti kerja dan faktor anak yang selalu sakit dan berulang alik tinggal di hospital sebagai rumah ke dua menjadi titik tolak saya mengambil langkah 'sudah masanya saya berhijrah'.

Hijrah kini dengan pendekatan mencari peluang bekerja dari rumah. Saya mula mencari peluang menjana pendapatan pasif dan juga pendapatan aktif. Penghujung tahun 2008 bermula karier saya sebagai suri bekerja dari rumah sepenuh masa.

Sekitar empat tahun lepas, Ogos 2008 saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Ia sudah lama dalam perancangan dan fikiran. Apatah lagi dorongan kuat itu salah satunya adalah kerana Hakim setiap tahun, dan dalam setahun banyak kali berulang alik dan dimasukkan wad.

Hakim adalah sebab utama saya berhenti kerjaya, bertukar haluan untuk bekerja dari rumah. Tidak banyak kumpulan sokongan pada masa tersebut tentang panduan bekerja dari rumah. Yang ada adalah sumber di internet dan juga web dari negara-neraga maju yang sudahpun terkehadapan tentang bekerja dari rumah.

Tidak sekadar itu, ketika hamil anak ke dua saya sudah menetapkan matlamat mahu bekerja dari rumah. Selepas Hakim berterusan masuk wad, keluar masuk, saya sudah bertekad dan tidak menoleh ke belakang.

Ketika usia anak ke tiga enam bulan, saya memegang status wanita bekerja dari rumah. Pun, begitu pandangan dan penerimaan masyarakat pada ketika itu masih belum begitu terbuka tentang status wanita bekerja dari rumah.

Juga atas dorongan diri dan usaha inilah saya memberi dan mengutip banyak info bekerja dari rumah dan mula menulis tentanya di blog dan facebook. Saya mula mempunyai rakan-rakan maya (online) yang juga mempunyai tujuan yang sama, meninggalkan kerjaya dan memulakan kerja atau bisnes dari rumah.

Blog pertama saya ini dinamakan http://naufalsayang.blogspot.com/ adalah catatan atau diari harian saya. Saya kongsikan catatan harian atau rutin seorang suri rumah, penulis, iaitu bagaimana menguruskan aktiviti harian. Pada masa yang saya banyak tips atau panduan asas bagi seorang yang bergelar suri rumah mahu menjana pendapatan bermula dengan apa yang ada.

Penulisan adalah kerjaya utama saya,dan yang paling penting saya sudah memulakan aktiviti menulis di blog dan aktif di media sosial facebook, menulis panduan dan memberi tips bekerja dari rumah kepada lebih wanita atau sesiapa sahaja yang ingin dan mencari peluang bekerja dari rumah.



 Bila mula menulis?


Ketika mula berhenti kerja dahulu dan bermula bekerja dari rumah amat sukar sekali mencari kumpulan sokongan di Malaysia. Kebanyakan adalah bersumber dari negara-negara maju dan info berkaitan melalui carian internet. Atas faktor ini juga, inisiatif saya menulis dan berkongsi seberapa banyak info bekerja dan peluang bisnes yang boleh dilakukan di rumah. Salah satu blog perkongsian info bekerja dari rumah adalah http://wahmsahmsoho.blogspot.com/-

Buku pertama Jana RM Dari Rumah terbitan Grup Buku Karangkraf pada tahun 2011, merealisasikan impian saya sebagai penulis sepenuh masa. Insya-Allah lebih banyak buku berkaitan bisnes dan kerjaya dari rumah sedang dan akan diterbitkan. Sejak buku diterbitkan, saya bukan sekadar menjual buku sendiri secara online malah sudah mempunyai kedai buku online.

Sejak awal 2012, saya telah mengembangkan lagi bisnes sedia ada iaitu, menjual buku-buku bisnes, motivasi, kitab, al-quran terjemahan dan juga jualan produk sunnah seperti kurma, cuka kurma, cuka epal, susu kambing, kismis, buah tin, zaitun, air zam-zam dan banyak lagi.

Bukan sekadar diri sendiri, melalui sistem dropship, saya juga telah membuka peluang kepada suri rumah, wanita yang masih bekerja untuk mengusahakan bisnes secara online tanpa perlu mengeluarkan modal. Jika ada hanyalah talian internet dan komputer sahaja. Melalui dropship, kini membolehkan sesiapa sahaja bermula dan mencari peluang menjana pendapatan tanpa perlu bersemuka, semua perbincangan, jualana, tips pemasaran dilalukan secara online.


Konsep blog dan cara penulisan?

Fokus penulisan untuk blog ini adalah tentang suasana sebenar bekeja dari rumah, mengurus masa, mengurusa rumah tangga dan pada masa yang sama bagaimana menyeimbangkan antara kerja atau bisnes.Ia adalah catatan realiti perkembangan saya sejak mula berhenti kerja semenjak 2008. Jadi pembaca dapat membaca semula catatan lama semenjak ia bermula, dan dapat melihat perkembangan saya tahun sebelumnya hingga kini.

Motivasi dan inspirasi
Sudah tentu niat asal saya adalah memberi dorongan kepada jutaan surirumah diluar sana yang mahu keluar dari suasana bekerja di luar rumah. Bekerja dari rumah adalah satu menyeronokkan dan tambahan pula apabila kita bijak mengurus masa agar 'fleksibel'. Puan begitu sangat perlu mengikuti langkah-langkah yang betul sebelum berhenti kerja. Saya bukan sekadar berkongsi perihal catatan sendiri, malah saya kongsikan blog-blog wanita yang sudah sukses dan juga memegang status bekerja dari rumah. 



Pengikut setakat ini?
Alhamdulillah pengikut atau pembaca setia di sini adalah kalangan suri rumah, suri yang bekerja dari rumah, juga mereka yang sedang mencari peluang bekerja dari rumah. Juga mereka ini yang dulunya pembaca blog, sudah mendapatkan buku atau ebook tulisan saya. Ada juga yang sudah pun menjadi rakan niaga atau menyertai bisnes berasaskan dropship yang saya tawarkan.


Bahasa yang digunakan?
Bahasa yang digunakan adalah bahasa santai sahaja, tetapi saya minimakan penggunaan bahasa slanga atau bahasa yang tidak sesuai. Mudahnya kerana, agar ramai yang suka baca pengisian secara santai dan tidak terlalu akademik. Blog ini juga adalah salah satu cara menulis mengumpulkan idea-idea di sini dan diterbitkan dalam bentuk buku atau ebook.


Jadikan blog sebagai sumber pendapatan atau suka-suka sahaja?

Pada awal penulisan adalah untuk suka-suka sahaja, selepas terbitnya buku pertama dan ebook, idea suka-suka ini sudapun membawa kepada pendapatan aktif dan pasif. Blog ini adalah salah satu medium promosi yang sangat baik sejak ia mula disiarkan.

Salah satu kepakaran saya adalah melalui blog, bukan sekadar untuk diri sendiri. Pada tahun 2012 saya menawarkan perkhidmatan membuat blog bagi usahawan offline.  Antaranya pemilik homestay, hotel bajet, pemili butik di Kelantan dan juga usahawan IKS yang lain.

Saya masukkan blog inihttp://cuti-cutikelate.blogspot.com/ khusus untuk pemilik yang berkait rapat dengan industri pelancongan di Kelantan. Untuk tahun 2013, saya sudah mula membuka peluang kepada orang perseorangan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat saya untuk bermula dengan blog dan menjana pendapatan, khususnya untuk memasarkan produk dan perkhidmatan.

Masayu Ahmad 33 tahun

.

Buka tirai 2013 dengan motivasi dan inspirasi

Teks: Masayu Ahmad

Jam 6.13 petang bersamaan 31 Disember 2012. Alhamdulillah tidak sampai 24 jam sahaja lagi akan bermula lagi lembaran baru 2013. Selamat datang 2013 penuh keterujaan.


Cerita tentang hujan

Setelah dua hari matahari muncul, alhamdulillah panas membantu banyak kain kering di ampaian. Semalam hujan kembali turun. Esok Hakim darjah 2 Aiman dan Arif masih di PASTI, Arissa juga ke PASTI untuk transit.

Masih lagi menyusun jadual Hakim mengaji quran, sama ada saya menjemput atau Pok Shid sahaja. Kita tengok minggu ini.

Tahun 2014 barulah saya sibuk. Sementara tidak sibuk untuk tahun ini, saya perlu siapkan segera seberapa banyak senarai buku/manuskrip tertangguh. Tahun ini sudah boleh mula fokus semula dengan menulis.

Apa azam kalian

Ok, saya kini sudah menjejaki 4 tahun bekerja dari rumah dan alhamdulillah masih ada rezeki untuk anak-anak meneruskan kelangsungan kehidupan.

Bermula dengan apa yang ada

Teringat semula 4 tahun lepas, ketika saya sudah sampai masa untuk berhijrah. Sepatah saya menelefon suami.

"Saya sudah mahu resign? Boleh ke?"
"Resign ler." Itu restu suami yang sangat saya harapkan. Makanya saya hari itu dengan senang hari menghantar surat perletakan jawatan.

Sambil memandu kereta, rasa kedua belah bahu terasa ringannya. Hari-hari baru bermula dengan perasaan yang tidak tergambar dengan kata-kata.

Bermula dengan apa yang ada

Fokus utama saya adalah menulis, menulis sebagai pendapatan pasif, iaitu saya perlu menulis kerana itu perkara yang saya minat dan perlu diasah. Jika dahulu menulis di majalah kemudiannay mengetuai unit penerbitan Institusi Kewangan Mikro, kemudian saya pelru mencabar diri untuk menguasai satu tahap lagi, iaitu perlu terbitkan buku.

Rasa bahan keterujaan meluap-luap setiap kali ke kedai buku. Saya mula menghadiri seminar dan bengkel percuma tentang ilmu penulisan. Ia perlu diasah dan digali. 

Tahun 2011 buku pertama diterbitkan iaitu Jana RM Dari Rumah, kemudiannya menyusul ebook www.janawangdirumah.com.

Memandangkan tidak banyak rujukan bekerja dari rumah, maka blog ini adalah tujuan asal untuk berkongsi dengan suri rumah yang ingin menghasilkan pendapatan dari rumah.

Sudah tentu penulisan dan tujuan utama di blog ini adalah, fokusnya untuk kalian yang bergelar suri rumah yang ingin menambah pendapatan dan pada masa yang sama mahu dan ingin masa fleksibel bersama keluarga. Dengan harapan seimbang keluarga dan karier.

Apa yang memberi inspirasi


Bersambung...;)





                                               http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom

Banyak tadi dalam fikiran mahu tulis, berhenti sejenak mahu tulis apa. Esok sudah bermula sesi persekolahan, moganya tahun ini saya sudah boleh lebih seimbang untuk anak-anak.




Tinggal beberapa hari lagi sepatutnya esok, tapi saya belum selesai lagi masukkan banyak lagi judul, selesai 100 judul buku insya-Allah kalian sudah boleh membeli buku dengan mudah.

BELI SEBERAPA BANYAK, POS ADALAH PERCUMA
untuk menikmati keistimewaan di atas, maka kalian perlu menyertai ahli kami dahulu, jadi ahli barulah layak untuk menikmati pos percuma, sertai di sini ya







Apa kepakaran kedai buku kami

1. Kami menggabungkan dan menjual kebanyakan buku-buku terbitan penerbit tersohor Malaysia antaranya Grup Buku Karangkraf, PTS, Galeri Ilmu, Telaga Biru, Inteam, Kemilau Publika dan banyak lagi.

2. Kami beroperasi 24 jam tempahan boleh dilakukan setiap hari, penghantaran Sabtu hingga Khamis, Jumaat cuti.

3. Kami menghantar buku-buku kalian melalui rangkaian penghantaran pos daftar, pos laju, skynet, gdex.

4. Nyatakan buku-buku kalian berminat, kami akan usahakan.

5. Sertai keahlian kedai buku online, dapatkan keistimewaan BELI SEBERAPA BANYAK, POS ADALAH PERCUMA.Bukan ke sangat menarik tawaran ini, tak perlu keluar hanya hujung jari dan bayar harga buku sahaja.






Thursday, December 27, 2012

Ibu sibuk super sibuk, tips terapi diri

Teks: Masayu Ahmad

Jika mahu seperti saya mulakan dari sekarang www.janawangdirumah.com

28 12 2012

Saya sebagaimana ibu-ibu yang lain juga, sibuk dan menyibuk ;). Dengan gandingan 4 kanak-kanak riang yang sedang membesar 8, 6, 5, 2, masya-allah sungguh pantas masa berlalu anak yang sulung sudah 8 tahun maknanya sudah 9 tahun perkahwinan kami.

Hari ini cuaca cerah dan saya ambil kesempatan pagi ini selajunya menjemur pakaian. Harapnya hari ini kering. Pagi tadi saya sepatutnya menyertai rombongan melawat bapa saudara sakit, disebabkan beberapa sebab saya tidak pergi.  Jadi sambung urus tugasan, sebelum itu bergolek sakan dengan Arissa.

Sebulan untuk bulan ini bagaikan rasa setiap hari penuh rutin, sama ada hantar anak ke kelas mengaji, hantar barang, urus rumahtangga. Selesai kain baji, lepas Jumaat nanti akan ke rumah ayah.

Ya ampun memang lama saya tidak ke sana, sementelah pula ayah ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga, esok pagi lagi. Penerbangan awal pagi.

Hari ini cuti masak, kakak ipar yang sulung pulang, alhamdulillag rasa ringan sangat bila dia balik, banyak membantu.

Tips rumahtangga

1. Saya setiap hari memasak, jadi mahu atau tidak perlu ke dapur, siapkan untuk menu pagi dan tengahari.
Solusi: Pilih masakan yang mudah dan  cepat. Contoh masak nasi untuk pagi dan tengahari, Goreng ikan dan sayur. Pilih gabungan menu mudah cepat dan sihat.

2. Sarapan pagi hari minggu.
Jika awal pagi rasa masa, biasanya waktu malam saya sudah masak siap contoh gulai ayam, gulai ikan. Jadi bangun pagi panaskan sahaja lauk dan hanya masak nasi dan air sahaja.

3. Tetapkan rutin kerjsama
Super tak super saya tetap perlu bantuan suami, biasanya untuk urusan kain baju en.suami yang selesaikan. Saya hanya lipat dan gosok sahaja. Saya sudah lama tidak ada bibik, selepas anak ke empat. Bagusnya kita belajar toleransi suami ister.

4. Jika malam saya masih sibuk dengan urusan kedai online, suami akan uruskan anak-anak. Jadi saya boleh fokus dengan kerja saya.

5. Selalunya untuk malam hari, jam 6 saya sudah masuk dapur dan masak untuk malam. Kadangkala pilih menu mudah juga untuk kanak-kanak riang, nasi goreng dan keropok keping, semua kekenyangan ibu senang.

6. Masih kelam kabut? Itu normal dalam kehidupan rumah tangga, yang penting kita sentisa bersemangat untuk buat yang terbaik. Jika ada perasaan jemu itu juga biasa. Jadikan reward untuk diri sendiir, selelunya saya ambil masa dan rehat puas-puas apabila anak-anak semua sudah di pusat asuhan. Juga longgarkan badan dengan urutan tradisional, pergi spa, jumpa kawan-kawan. Nikmatilah kehidupan seadanya ;)











Kain oh kain

Nantikan kemunculan sedikit masa lagi

Teks: Masayu Ahmad

Nantikan apa, ya mestinya pengarang jantung buah hati saya. Alhamdulillah, terima kasih Allah, atas segala urusan yang dipermudahkan. Kalian sudah boleh membeli belah seperti biasa kerana kedai buku online sudah aktif sejak beberapa bulan yang lepashttp://kedaibukuonline.biz/. Pun begitu saya sedang menyiapkan satu lagi sistem shopping cart yang lebih teratur dan kemas. Sudah 90% siap dan sekarang ini saya sedang memuat naik sebanyak 1,000 judul buku, kitab, quran digital, buku fiksyen, bukan fiksyen, motivasi, bisnes, agama, bacaan awal kanak-kanak.

Apa kepakaran kedai buku kami

1. Kami menggabungkan dan menjual kebanyakan buku-buku terbitan penerbit tersohor Malaysia antaranya Grup Buku Karangkraf, PTS, Galeri Ilmu, Telaga Biru, Inteam, Kemilau Publika dan banyak lagi.

2. Kami beroperasi 24 jam tempahan boleh dilakukan setiap hari, penghantaran Sabtu hingga Khamis, Jumaat cuti.

3. Kami menghantar buku-buku kalian melalui rangkaian penghantaran pos daftar, pos laju, skynet, gdex.

4. Nyatakan buku-buku kalian berminat, kami akan usahakan.

5. Sertai keahlian kedai buku online, dapatkan keistimewaan BELI SEBERAPA BANYAK, POS ADALAH PERCUMA.Bukan ke sangat menarik tawaran ini, tak perlu keluar hanya hujung jari dan bayyara harga buku sahaja.






Wednesday, December 26, 2012

Cerita tentang hujan dan kasih sayang

Teks: Masayu Ahmad


Catatan 27 12 2012, insya-Allah pagi ini melunaskan tugas seperti biasa. Anak-anak masih lena sakan di hamparan tidur. Suasana sejuk jadi enak tidur di waktu begini. Musim tengkujuh, biarpun agak lewat, namun saya suka situasi musim ini.

Sejuk, nyaman dan bugas, titisan renyai masih setia di luar jendela. Pagi ini sudah selesai menguruskan senarai pesanan pelanggan. Itu rutin, selain menulis di blog ini, kadanga-kadang konsisten kadang-kadang ada terlupa dek hambatan tugas.

Semalam sudah siap masakan gulai ayam kegemaran anak, jadi pagi ini itulah menu sarapannya. Sudah selesai mask nasi, air dan mahu goreng ikan juga. Menu sehingga tengahari. Tinggal beberapa hari sahaja lagi sekolah akan dibuka semula, kesibukan harian juga akan bermula.

Hari ini mahu atau tidak saya perlu segera selesaikan tugas dan mahu balik rumah ayah, esok awal pagi ada penerbanngan ke Kuala Lumpur. Ada dua acara ayahanda pada 29 hb dan juga 5 hb Januari 2013. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan.

Hujan

Saya suka hujan kerana ia kembali bertaut memori silam yang indah-indah. Tentang kasih sayang arwah mek, tentang masakan dan makanan musim hujan.
Antaranya lempeng kelapa, aduh sedap bangat. Sayur lemak pucuk niding (sejenis paku pakis) dicampur dengan ibu stelo, dimakan bersama ikan budu dan nasi panas.Memang selesa pada musim hujan begini. Bila petang menjelang ada pula putu halba sebesar tapak tangan dewasa. Sekarang ini putu halba sudah kecil.

Bersambung...;)

Tinggal beberapa hari sahaja lagi harga promosi RM120 akan berkahir, Januari 2013 harga E-iqra sudah RM210.

Bayar di sini RM120 pos percuma

                                          http://kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan

                                                http://kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan
Lebih banyak gambar di sini
http://e-iqra-belajarqurandantajwid.blogspot.com/

Kasih mertua sayangnya bonda

Teks: Masayu Ahmad

Catatan 26.12.2012
Jam 10 malam

Tahun ini sudah dua tahun kami tinggal bersama keluarga suami, maksudnya saya tinggal bersama mertua. Ya, semalam saya membelek kembali catatan lama sebelum berpindah atau berhijrah ke Kelatan kami mahu tingggal di rumah berasingan.

Setelah beberapa bulan dan sudah 2 tahun berlalu, inilah keputusan terbaik setakat ini. Bercerita tentang kisah atau perihal tinggal bersama mertua, saya tersentuh dengan perbicangan di salah satu grup di fb, iaitu tentang pengalaman tingggal dengan mertua.

Bersambung...

Tuesday, December 25, 2012

Cerita tentang hujan

Teks: Masayu Ahmad

Hari ini bertarikh 25 disember 2012, alhamdulillah lebih kurang satu minggu lagi akan bermula tahun baru 2013. Apa pencapaian tahun ini, rasanya saya mencapai KPI tahun ini, sudah capai kedai buku online idaman yang dicitakan sejak 2008, dan juga sudah mula berkongsi rezeki dengan suri rumah yang ingin menjana pendapatan tanpa modal. Insya-Allah

Untuk tahun 2013, sambil kekal fokus kedai buku online juga, produk sunnah, keduanya ini saya menawarkan dropship, harapan saya sedang gigih untuk konsisten.

1. Menyusun jadual kerja menulis, saya sudah boleh fokus semula menulis.

2. Seorang penulis yang berjaya berkongsi, untuk selesa sebagai penulis sepenuh masa sekurangnya perlu siapkan 30 buku, ya Masayu Ahmad 30 buku, saya mahu lihat kembali senarai perancangan menulis saya. Saya ada banyak senarai sebetulnya, bermula 2013 perlu fokus lebih banyak untuk terbit.

3. Selesaikan manuskrip terbengkalai, antaranya ebook butik, buku penulisan kanak-kanak, buku soho, ini sudah 90%, juga dua buku yang sepeatutnys sudah terbit.

4. Saya sudah menyiapkan 10 buku, namun tahun ini saya mahu fokus untuk terbit 30 maksima, kalau capai 15 dikira alhamdulillah, kalau 10 juga bersyukur. Kiraan 1 buku 1 bulan, untuk jadual tulis dan siap.

5. Lebih banyak pakej buku yang segar bugar dari hasil tangan sendiri.

6. Reward untuk di atas adalah sebuah SOHO yang punya citarasa sendiri. Insya-Allah, sudah lama mahukannya, sekarang waktu yang sesuai.

7. Sudah tentu SOHO itu dipenuhi buku tulisan sendiri, itu inspirasi diri sendiri untuk pencapaian di usia 33 tahun ini. ;)

Kembali tajuk di atas cerita tentang hujan.

Hari ini walau cuti, en.suami masih kerja dan belum pulang. Sepanjang minggu ini hujan lebat, musim tengkujuh tahun ini agak lewat. Siang tadi saya ambil kesempatan untuk selesaikan beberapa keperluan anak sekolah, beg sekolah dan alat tulis untuk Hakim, Arif dan Aiman. Juga esok perlu ke sekolah lagi untuk beli buku di koperasi sekolah. Bersambung

Saturday, December 22, 2012

Tips suri super-sibuk vs fleksibel

Teks: Masayu Ahmad


Catatan hari ini 23 Disember 2012, perlu ke sekolah, menyelesaikan urusan darjah dua, buku teks dan keperluan lain. Naufal Hakim sudah darjah dua. Alhamdulllah, sungguh cepat amsa berlalu.

Hari ini sudah siap ayam goreng dan asam pedas, masak untuk sarapan dan juga tengahari. Pecutan jadual kerja sudah bermula hari ini. Sekarang jam 8.32 jam 9.30 anak-anak perlu siap untuk dihantar. Jadual 2013 sudah bermula, jadi anak-anak perlu dibiasakan dari awal.

Banyak susunan tugasan juga buat saya menanti. Bagaiman mahu urus hari sibuk untuk menjadikan tidak sibuk.

1. Bawa bertenang, ambil kertas dan pen susun semula jadual.

2. Kenalpasti sepanjang tahun, cuti umum, cutik khas, cuti perayaan, cuti sekolah.

3. Bagi yang bisnes melalui kalender sudah boleh mengangak hari promosi yang sesuai.

4. Manakala bagi suri rumah boleh tahu anak cuti bila dan apa aktiviti yang sesuai.

5. Selesai rancang secara tahunan, kecilkan kepada bulan, kemudian minggu dan hari.

6. Apabila ssampai kepada hari, rancang 24 jam anda dengan lebih berkesan.

7. Jika kalian suri rumah perlu pula membuat agihan kerja rumha, anak-anak, suami, diri sendiri.

8. Jika kalian usahawan dari rumah terpecah lagi bisnes, rumahtangga, anak-anak, suami, diri sendiri.

9. Jika kalian masih bekerja, usahawan, maka perlu tambah juga lagi rumah tanggga, anak-anak, suami, diri sendiri.

10. Sasaran agihan masa di atas dan tugasan perlu realistik dengan matlamat, usahawan katakanlah secara spesisfik masu sasarkan RM100 keuntungan bersih harian, anak-anak disipli  mengaji khatam sekian-sekian. Semuanya perlu ditulis agar nampak lebih jelas.

11. Jika mahu untuk RM100 bersih apa yang perlu dilakukan, jika mahu anak khatam dengan lebih cepat apa pula perlu dilakukan.

12. Setelah semua di atas sampai sasaran, jangan lupa memberi ganjaran kepada diri sendiri, seperti urutan enak di spa, hadiah kepada anak berupa buku-buku motivas. Ganjaran atau reward perlu mendorong kita untuk meletak sasaran lebih tinggi pada masa hadapan. Dari itu kita akan sentiasa sibuk dan masa akan terisis.

13. Bagaimana pula untuk memastikan fleksibel-jangan menjadikan buruan matlamat dan jadual terlalu mengokong, sama sekali boleh ubahsuai mengikut kesesuaian. Yang penting ia memberi anda motivasi baru setiap hari dan menjadikan tidak bosan dengan rutin yang sama.

Selamat tahun baru 2013.
10 WASIAT RASULULLAH KEPADA PUTERINYA FATHIMAH
(Menarik untuk wanita)

Ada 10 wasiat Rasulullah kepada puterinya Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah.

1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan darjat wanita itu.

2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah Haji dan Umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah Haji dan Umrah.

8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia Jadikanlah diri-dirimu menjadi wanita solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah tiang negeri ini


Terapi terhebat surirumah

Teks: Masayu Ahmad


Pagi cerah hari ini, suasana masih lembap kerana sudah banyak hari hujan terus berterusan. Alhamdulillah. Sangat bugar sekali. Pagi ini menyiapkan mee goreng basah, tentu sekali juga menguruskan pakaian yang tidak kering.

Anak-anak masih lena tidur. Sepanjang cuti ini kami mengambil kesempatan cuti awal dulu ke Kuala Lumpur dan kemudiannya pertengahan cuti banyaknya saya fokus kelas mengaji untuk Hakim, Aiman dan Arif, insya-allah kalau ada rezeki bawa lagi 27,28,29 kebetulan ayah ada urusan kerja kami tumpang semangkuk. Memang sudha janji dengan anak-anak mahu bawa mandi kolam, kita tengok macam mana.

Tahun depan Hakim sudah darjah dua, tidak banyak persiapan, cuma fokus untuk lebih seimbang antara pengajian quran, tajwid dan akademik sahaja. Matlamat saya mahu Hakim masuk sekolah tahfiz sains, jadi sellau bersembang dengan dia, ada satu sekolah yang terdekat dengan kami, sekolah tahfiz sains di kok lanas. Jadi beritahu dan beritahu agar Hakim menyerap apa matlamat. Saya bagitahu Hakim, abang anak sulung ibu mahu pergi sekolah tahfiz, tak kisahlah abang mahu kerja apa yang penting tunaikan dulu harapan ibu.

Arif baru usia 6 saya tukarkan satu lagi tadikan IQ anakku, manakala Aiman dan Arissa masih kekal di PASTI. Tahun depan lebih seimbang urus anak-anak dan bisnes. Masa lebih fleksibel memandangkan enaam bulan atau separuh  tahun ke-2 tahun 2012 saya sudha foku yang ini, jadi masa sudah disusun dengan seimbang-insya-Allah.




Bisnes tanpa modal-sertai saya!

Bagi kalian yang berminat

-suka baca buku
-suka buku
-mahu jual buku

Komitmen
- ada komputer dan internet
-suka belajar, bermotivasi, tidak putus asa

Sertai saya

Kedai Buku Online Network memerlukan kalian seperti di atas.
- Dropship
-Tanpa modal
-Penyertaan terbuka bagi yang berada luar kelantan

syarat wajib perlu baca buku Jana RM Dari Rumah atau ebook www.janawangdirumah.com


Mesej saya di fb nyatakan minat,http://www.facebook.com/masayu.ahmad




Friday, December 21, 2012

Terapi surirumah

Teks: Masayu Ahmad
www.janawangdirumah.com

Hari ini betul-betul suri rumah, saya gantung status lain, hanya surirumah semata. Bermula pagi panaskan gulai ikan, masak nasi, masak air.

Kebetulan pula minggu ini mesin basuh rosak, masih bertangguh menghantar, dan pula hujan lebat, banyaknya kain. Perlu segera hantar esok juga.

Dua besen sudah direndam sabun. Jadi mula saya membasuh cara tradisional. Saya tolak dua besen keluar dan perasaan seronok, sudah lama tidak membasuh cara itu.

Keliling belakang dapur itu banyak pokok, tambahan pula hujan suasasana nyaman sekali. Sambil mengambil sehelai, berus dan bilas. Leka juga. Keliling rumah mertua banyak pokok buah. Belakang, sangat lebat duku langsat. Tahun ini sangat menjadi, rambutan ada lima pokok tak silap saya, durian, buah limau bali, rambai, mangga banyak lagi. Itulah orang tua suka berbudi pada tanah. Pelaburan dari muda, jadi anak cucu balik makanlah sampai puas. Pokok duku langsat belakang rumah sangat lebat, bergayutan. musim hujan pula, buah luruh dan sudah jadi baja kembali. Rambutan juga bergayutan sana  sini. Alahai.

Saya jadikan sesi terapi sambil latihan untuk bakar kalori. Selesai dua besen sambung lagi satu besen. Seronok, cuaca agak molek awalnya, semua berbaris di ampaian. Melihat besen dan raga kosong, ia satu terapi yang indah. Bersambung


Thursday, December 20, 2012

Gulai lemak kelate daun kesum

Teks: Masayu Ahmad

Usai mengambil Arissa dan pulang ke rumah, terpandang segugus daun kesum bersebelahan singki. Pling idea menu segar gugur dari minda. Maka santan, bahan kisar (cili kering, bawang merah, lengkuas) disatukan di dalam periuk, masukkan air, asam gelugur, biarkan di situ api sederhana, hingga mendidih barulah masukkan ikan, selepas dua minit masukkan daun kesum.Kesemuanya bersatu dan aromanya sudah tersebar wangi.

Memasak juga salah satu terapi, paling seronok melihat semuanya habis ;).
Esok sudah Jumaat, alhamudillah, walaupun

Bersambung




Wednesday, December 19, 2012

Bisnes tanpa modal-tips wahm, sahm, soho

Teks: Masayu Ahmad

Bayar di sini


10.12.2012, genap Arissa 2 tahun, dan en.suami pula 12.12.12, cantik catatan harinya. Pejam celik alhamdulillah sudah empat tahun saya bekerja dari rumah. Terima kasih Allah kerana telah memudahkan banyak urusna saya dan paling penting tahun ini sudah merealisasikan impian saya. Mula bisnes tanpa modal saya sudah diasuh sejak dari kecil, nanti kita buat entry khusus yang lain.

Untuk bisnes sya masih dan ada pakar rujukan iaitu dua mentor saya, dua-dua pun jutawan. Namun saya ingin berkongsi perspektif berbeza bermula dengan tanpa modal dan modal minima. Ini antara perbincangan beberapa hari lepas dalam grup perbincangan. Mula bisnes ada modal atau tiada. Ini berdasarkan pengalaman saya dan juga catatan banyak pengalaman usahawan yang sukses. Ada dua kategori bisnes

1. Fizikal-offline
2. Online

Modal
1. Perlu modal
2. Tiada modal

Ok, berdasarkan pengalaman saya bekerja di institusi kewangan mikro, salah satu kekuatan ialah, bermula dengan modal minima. Modal minima! Dan lahir ramai jutawan wanita suri rumah luar bandar. Ini berdasarkan fakta, kajian dan bukan kisah dongeng.

Tanpa modal

Kita tengok pula apa model bisnes selamat yang boleh kita mulakan untu kumpul modal atu bermula. Saya sendiri tidak perlu modal, tetapi modal mungkin untuk beli buku, itu dilihat pula sebagai pelaburan jangka masa panjang. Beberapa langkah dibawah bagi kalian yang baru bermula.

1. Kumpul wang berdikit-dikit, sebulan RM100, sepuluh bulan sudah RM1,000, mudah bukan.
2. Mahu cepat lagi, buat kerja sambilan dan ke semua duit itu simpan sebagai modal.
3. Mula bisnes dropship, hanya komputer dan internet sahaja. Modal kalian hanya internet.

Ini sahaja dulu ya.

Tuesday, December 18, 2012

Rumah tepi baruh

Teks: Masayu Ahmad

Ah, memang seronok suasana hujan gerimis, ada hari lebat mencurah, ada hari mendung, ada hari sekejap rintik sekejap deras. Semuanya alhamdulillah. Ketika panas kita mahu hujan, ketika hujan kita mahu panas. Tetapi saya mahu menikmati suasana sejuk ini sementara musimnya. Kain sudah bertali di ampaian ada yang lembap ada yang masih basah. Ini suasana sinonim dengan musim tengkujuh. Saya suka perasaan sebegini.

Pulang lewat petang tadi, singga di rumah ustazah empunya PASTI yang mengajar kanak-kanak riang, saya bawa bersama Hakim, Arif dan Aiman. Semestinya enak menikmati nasi gulai kawah dalam cuaca redup, sempena walimah anak yang sulung.

Sampai di rumah, Arissa senyum riang, saya tinggalkan barang sebentar, usai pecut hantar barang, pecut ke walimah dan sudah sampai rumah. Seperti biasa, solat asar kemudian bersambung rutin masak untuk menu malam. Mudah sahaja, siang tadi sudah masak gulai ayam kelate itu, bawa ke malam, goreng ikan dan juga goreng paku pakis bersama bilis. Siap untuk menu malam.

Sibu menyibukkan yang

Saturday, December 15, 2012

Pintu-pintu rezeki keberkatan, selamat datang ujian kekayaan!

Sumber: Buku Orang Islam Harus Kaya!

RM15 Semenanjung
RM17 Sabah Sarawak
+RM5 pos ekpres


Tabung DOA Ibrahim 
We are still looking for items (toys, household items, clothes, books, kids and baby stuff like stroller, car seat, etc) in EXCELLENT condition for the Carnival's Jumble Sales and Auction this 23rd December 2012. Small items can be sent to either one of these areas; Salak Tinggi, Cyberjaya, Taman Melati/Setapak, Bangi, or Subang Jaya. You can also post. Bulky items can be sent to Dewan Annexe, UiTM on 22nd December after 5pm. We don't accept items on the day itself. Please email nikhabiz@gmail.com with the title "Jumble Sales" for more details now!


"Dan katakanlah wahai Muhammad: Beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata, kemudian dia akan menerangkan tentang apa yang kamu kerjakan." (Surah Taubah ayat:105)

Syeikh Abu Hamid berkata,"Kadangkala disangkakan bahawa makna tawakkal itu adalah meninggalkan kerja fizikal dan tiadk berfikir sama sekali seperti daun jatuh di permukaan bumi, sepotong ranting di atas air yang mengalir, atau debu yang ditiup angin kencang.

Ini adalah sangkaan orang yang tidak memiliki ilmu pengetahuan dan dilarang dalam agama Islam. Padahal agama itu sangat memuji pada orang yang bertawakkal. Lantas, bagaimanakah dia akan mencapai kedudukan terpuji dengan melanggar larangan agama?"

Sebenarnya kesan tawakkal itu dapat dilihat dalam pergerakan zahir, usaha atau ikhtiar dan perbuatan seseorang dalam mencapai tujuannya. Bahkan perkara itu merupakan sebahagian jihad fi sabilillah. Dalam Islam, wajib hukumnya seseorang individu yang telah beriman dan mengakui ada-Nya Allah s.w.t dan kerasulan Muhammad.

Imam Abual-Qasimal-Qusyairi berkata,"Ketahuilah, sesungguhnya tawakkal itu tempatnya dalam hati. Adapun gerakan zahir itu tidak dapat menafikan tawakkal yang telah tertanam dalam hati, apabila seseorang telah meyakini itu atas ketentuan-Nya, maka apabila mudah juga atas pertolongan-Nya.

Bukti tawakkal bukan bermakna meninggalkan usaha fizikal atau tugas dengan bersungguh-sungguh, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban dan al-Hakim dari Ja'far bin Amr bin Umayyah r.a, dari ayahnya telah berkata, seseorang telah berkata kepada Nabi s.a.w." Aku biarkan untaku dan aku bertawakkal." Nabi bersabda," Ikatla ia dan bertawakallah!"

Dapat kita simpulkan di sini bahawa, tawakkal itu bukan bermakna mengabaikan usaha fizikal dan meninggalkan tugas. Jelas seorang muslim disarankan supaya berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh dalam mencari pendapatan yang halal dan baik serta berkat.

Hanya dia tidak boleh berhantung ada usahanya semata-mata, tetapi berkeyakinan bahawa segala urusan itu berada pada Tangan Allah s.w.t termasuk rezeki juga berasal daripadaNya semata-mata.


Harga PROMOSI PENGENALAN RM120 AKAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2012. bayar di sini untuk naskah kalian
http://kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan
3vcd


3 buku, jilid 1, jilid 2, jilid 3, iaitu merangkumi susunan iqra 1 hingga 6 yang diselaraskan dengan pembelajaran tajwid yang lebih mudah difahami, animasi menarik, dan ulangkaji latih tubi yang boleh dilakukan berkali-kali.






RM120 sahaja, pos percuma boleh bayar di sini





ayah miskin vs ayah kaya ;)

Tesk: Masayu Ahmad


Sebagai reward untuk minggu ini, saya sedang baca buku ini, mahu kongsi perenggan yang menarik untuk dikongsi

mukasurat 78

Saya tidak mengalakkan sesiapa memulakan bisnes sendiri melainkan mereka benar-benar mahu. Saya tidak berharap semua orang melalui apa yang saya lalui dalam mendirikan sesebuah syarikat. Ada masa-masanya ketika seseorang tidak berjaya mendapat pekerjaan makan gaji, dia memulakan bisnes yang difikirkan sebagai penyelesaiana terbaik. Namun, peluang berjaya adalah tipis. Sembilan daripada sepuluh bisnes gagal dalam tempoh lima tahun penubuhannya. Manakala daripada baki yang berjaya bertahan selama lima tahun itu, hanya satu yang mampu terus berdiri lebih lama. Sembilan per sepuluh bisnes yang lain gagal juga akhirnya. 
Oleh itu, saya menggalakkan sesiapa yang serius dalam bidang bisnes sahaja yang memulakannya. Sekiranya tidak, lebih baik kekal bekerja makan gaji dan uruskan bisnes sendiri.

Apabila saya kata uruskan bisnes sendiri, maksud saya, pastika kolum aset kita dimulakan dan dipenuhi dengan nilai-nilai yang kukuh. Sebaik sahaja satu dolar tercatat di situ, pastikan ia tidak ditarik keluar. Fikirkan begini, sebaik sahaja satu dolar tercatat di kolum aset, ia mula menjadi pekerja kita. Perkara terbaik berkenaan wang dalah ia bekerja selama 24 jam sehari dan dapat bekerja untuk generasi akan datang. Terus bekerja makan gaji, jadi pekerja yang rajin, dan pada masa yang sama tambah nilai pada kolum aset.

Apabila aliran tunai bertambah, kita dapat memanjakan diri dengan barangan mewah. Satu perkara penting yang dapat kita lihat adalah, ketika berbelanja orang kaya membeli barangan mewah akhir sekali, manakala orang miskin dan kelas menengah selalunya membeli barangan mewah terlebih dahulu.

Orang miskin dan kelas menengah selalunya membeli rumah besar, berlian, barang kemas ataupun kenderaan mewah kerana mahu melihat sebagai orang yang kaya. Mereka mungkin kelihatan kaya, namun realitinya mereka sedang menjerat diri sendiri dengan hutang keliling pinggang. 
Orang kaya pula suka menambah dahulu nilai di kolum aset mereka. Hanya selepas aset yang dikumpulkan menjana pendapatan barulah mereka membeli barangan mewah. Orang miskin dan kelas menengah membeli barangan mewah dan bersusah payah mengeluarkan peluh dan darah, dan kadangkala menggunakan wang simpanan anak-anak.

Kemewahan yang sebenar adalah ganjaran daripada pelaburan aset yang sebenar. Sebagai contoh apabila saya dan isteri, Kim mendapat wang tambahan hasil darripda rumah sewa kami, Kim menggunakan wang itu untuk membeli kereta Mercedes. Dia tidak perlu bekerja lebih daripada bias ataupun mengambil risiko yang lebih tinggi kerana wang yang dia gunakan adalah daripada kutipan rumah sewa.


Bayar di sini: 
                                           http://kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan


sila tambah RM13 untuk poslaju

Bayar sini







Monday, December 10, 2012

Tips Wahm Sahm Soho: Bisnes dropship-mula bisnes tanpa modal

Tips Wahm Sahm Soho: Bisnes dropship-mula bisnes tanpa modal: Teks dan susunan: Masayu Ahmad Foto: Google Salah satu trend yang amat baik dalam bisnes online kini, ramai yang sudah boleh mula b...

Tips Wahm Sahm Soho: Bisnes dropship-mula bisnes tanpa modal

Tips Wahm Sahm Soho: Bisnes dropship-mula bisnes tanpa modal: Teks dan susunan: Masayu Ahmad Foto: Google Salah satu trend yang amat baik dalam bisnes online kini, ramai yang sudah boleh mula b...

Pakcik pengayuh beca-motivasi dan inspirasi

Teks: Masayu Ahmad

Dalam minggu ini ada beberapa cabaran kecil yang perlu diuruskan dengan baik, alhamdulillah hampir selesai 90%, esok rasanya saya dapat selesaikan semuanya insya-allah.

Lama sudah saya tidak menulis secara konsisten, padahal hati meronta-ronta untuk menulis, kekangan masa dan juga peluang, saya utamakan yang lebih penting. Mulai hari ini saya mula semula jadual masa kerja yang agak celaru untuk seimbangkan semua urusan kerja, nampaknya sudah ada peningkatan sedikit demi sedikit. Tentu sekali jadual mengurus masa untuk anak-anak, masa siang hari amat pantas dan saya perlu laju menyegerakan mana-mana urusan yang melibatkan orang lain. Moga saya diberi kepantasan dalam bertindak dan membuat penambaikkan dalam kerja pantas, selaju-lajunya. Pantan merancang, bertindak, urus dan selesai masalah.

Selalaunya insya-Allah boleh selesai, sementara menyediakan mental dan fizikal dalam aura positif. Bagi hari saya sangat suka menulis, akan tetapi pada masa inilah masa yang subur untuk menulis perlu berkongsi denga amanah yang lain, jadi perlu dahulukan suami dan anak-anak. Minggu ini kebetulan ada biras yang pulang, jadi rasa ringan kerana dia banyak membantu saya menyelesaikan urusan rumah tangga, dan jadual memasak saya sudah dapat digantikan dengan fokus kepada kerja. 
Esok hari nampaknya, Arissa perlu dihantar, ibu mahu kerja dari jam 9 hingga 5 petang. Satu hari sahaja ya dik. Insha Alla segala urusan tertangguh selesai eosk 100 peratus, saya mahu siapkan dan pejam mata sahaja, Jam lima mahu pulang dengan hati lapang.

Oh ya berbalik kepada cerita dan tajuk di atas. Saya ada bercerita tentang pak cik pengayuh beca dan ah shoo pengutip terbuang untuk kitar semula. Beberpa kali walau hujan dan panas saya terjumpa dengan dua watak inspirasi di atas. Apa yang saya belajar dari dua insan ini. Satunya sudah uzur dan tiada tangan sebelah, meneruskan kayuhan pagi dan petang. Keluar mencari rezeki.

Semestinya pak cik meneruskan kayuhan mencari penumpang, itulah sumber pendapatan. Ada penumpang atau tidak itu belakang kira, apa yang penting usaha diteruskan, diteruskan dan diteruskan. Rezeki di serahkan kepada Allah, ketentuan berapa jumpah upah untuk hari itu. Penumpang adalah perantara sahaja.

Begitu juga Ah Shoo dengan pakaiannya yang agak kusam, ketika menghala keluar mengayuh basikal kosong, petang hari dia hanya menolak dengan bebanan plastik besar berisi kertas dna botol yang dikutip dari satu tempat ke satu tempat sepanjang jalan raya utama

Saya?

1. Harapnya saya terus konsisten berusaha dan memperbaiki kelemahan yang ada. Bukan tunggu tahun depan tetapi setiap kali hari baru bermula.

2. Lebih cekal dan tabah, ramai yang kurang bernasib baik, dan tahu menikmati syukur dan segala apa yang ada disekelilinga.

3. Lebih peka, fokus, hidup bukan sekadar untuk diri sendiri dan bagaimana cara berkongsi rezeki dan sama-sama meraih peluang dan menggunaka peluang yang ada sebaik mungkin.

Salam kasih sayang
Masayu Ahmad


Meransang anak suka belajar quran dan tajwid
Untuk sepanjang cuti persekolah dan aktiviti sepanjang tahun, antara pengisian yang perlu adalah meneruskan pembelajaran dan ulangkaji quran dan tajwid. Sebelum saya berkongsi 5 pandangan testimoni, saya sarankan dahulu e-iqra set interaktif untuk belajar quran dan tajwid. Masih lagi memerlukan guru mengaji sebagai rujukan utaman.

E-iqra ini sangat sesuai untuk ulangkaji, pengukuhan, sesi latihan, dan juga sesuai ibu bapa sibuk. Berbanding memberi pemainan atau 'video game' psp dan seangkatan, ini satu lagi pembelajaran interaktif yang sesuai di mana sahaja.

Harga di atas akan bermula Januari 2013

10 sebab perlu dapatkan e-iqra

1. Satu sistem pembelajaran interaktif yang diterbirkan DBP, hasil usaha gigih 7 ulama terkemukan Malaysia.

2. Menggabungkan sistem pembelajaran iqra dan tajwid yang dipersembahkan dalam bentuk animasi penuh warna warni dan permainan yang amat menyeronokkan.

3. Mulai hari ini, tiada sebab lagi kenapa anak kita tidak boleh belajar dan memahami al-quran.

4. Kaedah mudah belajar al-quran yang terkini. Karya asli pertama di Malaysia.

5. Diiktiraf dan diluluskan oleh Lembaga Pengawalan Perlesenan Percetakan Al-Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

6. Pakej ini mengandungik tiga buah buku, tiga CD interaktif dan sekeping penanda buku infotajwid.

7. Menepati kehendak kokurikulum Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.


8. Harga pakej pengenalan RM120 akan berakhir 31 Disember 2012. Harga baru mulai 2013 adalah RM210, dapatkan segera daripada kami pengedar esklusif online. 

9. Belajar quran dan tajwid, terbitan DBP, kami pengedar esklusif online. RM120, pos percuma, sesuai untuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas.



Bayar di sini untuk tempahan dan pembelian RM120, pos percuma


NOTA: PENGEDAR ONLINE MASIH DIBUKA, HUBUNGI SAYA, DI FBhttp://www.facebook.com/masayu.ahmad?ref=tn_tnmn



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin