Sunday, May 1, 2011

Patin kasih sayang

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Usai solat Subuh berkejaran mengejutkan anak-anak seorang demi seorang. Laju, laju kerana bermalam di rumah tok ayah aka ayah saya. Jadinya jam tepat 7.30 pagi terus meluncur laju kembali ke rumah mertua, menukar pakaian sekolah Hakim, ting! jam 8.20 sampai ke sekolah Hakim. Perjalanan biasa-biasa sahaja, tiada kesesakan lalu lintas mahupun jalan jem. Memang banyak kenderaan yang bergerak ke bandar. Ingatkan Hakim sudah lewat, rupanya tidak.

Hari ini Hakim naik kelas, kelas al-ghazali, iaitu hanya 7 orang sahaja dalam kelas tersebut. Banyak subjek yang perlu Hakim belajar termasuk menulis jawi. Bermula Mei sehingga akhir tahun nanti, harapnya Hakim dapat mencerap seberapa banyak ilmu. Kenapa naik kelas? Sebetulnya sebab Hakim perlu bermula daripada asas, jadi menempatkan dia di kelas berusia lima tahun dan ada juga beberapa orang enam tahun di kelas terdahulu. Alhamdulillah dia sudah berada dalam trek dan sudah menguasai pembacaan, masa yang sesuai untuk kanak-kanak seusianya. Sebetulnya asas sudah ada di rumah, yang lain perlu ada pengukuhan. Bermula asas dan ambil semula yang lain secara perlahan-lahan.

Ok, berbalik kepada tajuk entri patin kasih sayang. Sebelum pulang ke rumah ayah saya memang mahu memasak ikan patin masak tempoyak. Semalam saya demam dan agaknya ada tempias juga pada si puteri Arissa. Tadi lepas berehat-rehat sekejap, tenaga saya kembali semula. Arissa sudah tertidur selepas kekeyanngan 'bergombeng' (menyusu). Terus meluru ke dapur. Melihatkan sudah ada pra persiapan oleh mertua. Ikan sudah ada tergolek molek di dalam periuk. Bawang dan bahan-bahan yang ditumbuk sudah direndam air panas.

Saya mengambil lesung batu mula menumbuk, bawang, sedikit lengkuas, kunyit hidup yang mekar kekuningan. Usai, lumat. Mengambil cili padi yang sudah dikisar dan juga tempoyak.

Bahan tumbuk, cili kisar dan tempoyak disatukan. Letak periuk, masukkan bahan kisar dan air. Beberapa keping asam gelugor dan mula dipanaskan hingga mengelegak.

"Tadi ma ambik bungo kate". Tanya saya, awalnya sudah melihat mertua ke halaman mengambil bunga kantan.

"Habih mapuh doh, gi tanya mok jah. Hok dio pun mapuh jugok,"

" Takpo la dih tak dok bungo kate, gati nga sera,"

"Nanti ma gi amik sera lah,"

Beberapa minit dua serai muda. Saya mengetuk, membasuh dan masukkan ke dalam periuk. Daun kesum dimasukkan ketika semua bahan sudah bersatu dan mendidih. Aroma wangi serai, kesum, tempoyak dan bahan tumbuh mula mencium hujung deria bau. Memang wangi. (syok sendiri ;P). Saya yang sedang selsema, terbau-bau aroma herba tersebut. Ikan patin dimasukkan.

"Banyok ike pare atok beli." (Banyak ikan parang atuk beli)

"Takpolah esok kito buat ika pare masok pedas pulok. (tak apalah esok masak ikan parang masak pedas)

Wuwuwu, masakan saya tidak temban tinggal di sini. Hari-hari masakan kasih sayang. Pagi, tengahari dan malam. Memasak dan menghidang tanpa gagal!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin