Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google
Selamat pagi Malaysia, salam penuh kasih sayang. Macam penceramah motivasi lah pulak. Saya bukan pakar atau penceramah motivasi. Tetapi penulis yang suka berkongsi kisah kasih sayang dan mencari inspirasi agar terus berusaha lebih gigih untuk melepasi hari-hari dengan penuh semangat. Siapa yang suka ke sini, angkat key board. ;D
Ok, sudah melalut. Minggu pertama bulan Mei, bermula manuskrip baru dan cuba menyempurnakan manuskrip bulan April. Juga Jumaat ini akan ke Kl, Sabtu ada pertemuan penulis dan penerbit di Karangkraf pagi hingga petang. Jika ada masa, saya akan berlari sekejap menemui rakan-rakan lama di editorial majalah seperti di Mingguan Wanita, Pa & Ma dan rakan-rakan yang lain. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. Segala-gala yang ada sekarang adalah bermula di Karangkraf. Bermula sejak di Jalan Rahim Kajai, Tun Dr. Ismail. Saya suka mengembalikan ingatan nostalgia di situ. Apatah lagi bermula dengan budak hingusan yang tiada tahu menahu selok belok Kuala Lumpur.
Mari imbas kembali. Saya pernah Kuala Lumpur ketika darjah enam mengikuti rombongan sekolah. Selepas itu tidak pernah sama sekali. Sehinggalah kali ke dua perlu menjalani latihan praktikal di Karangkraf. Hari ke dua perlu meyelesaikan tugasan di sebuah hospital pakar damansara dan hari berikutnya di Vistana Hotel. Mak ai, jalan pun saya tak tahu, inikan pula mahu naik bas. Mahu atau tidak, tugasan perlu selesai juga.
Makanya, seperti mana wartawan kedet, bertanyalah jalan kepada wartawan senior yang lain. Bernasib baik. Lukis peta, naik bas nombor berapa turun di mana. Semua dicatat. Masa itu mana ada istilah google aje macam sekarang.
Ketika hari pertama saya bertugas sebagai wartawan melapor diri di editorial Mingguan Wanita, perlu juga ke majlis pelancaran album Ferhad (artis), pagi melapor, jam 10 terus gerak. Nasib baik menumpang senior yang lain. Pandai-pandailah bawa diri kan.
Ketika saya mengemas dan membelek semula majalah, setiap artikel dan laporan yang disiarkan ada banyak pengalaman manis di sebalik tabir ketika melakukan tugasan. Saya simpan ia sebagai kenangan dan mengasuh saya banyak perkara agar tegar dan berusaha gigih dalam menyelesaikan satu-satu tugasan.
Menulis buku juga sama seperti menyelesaikan tugasan. Juga boleh menemuramah dan menemui inividu yang kita mahu, bezanya adalah boleh sahaja menemuramah melalui email. Banyak mudahnya, tetapi ada juga memerlukan saya turun padang.
Arissa sudah menangis, nanti saya sambung ya ;D
No comments:
Post a Comment