Foto: Ehsan rakan penulis di face book
Kak Sharah (GM Sales & Marketing) Anizon mantan editor majalah dara, semua adalah bermula di majalah Karangkraf. Saya anizon bermula sejak Karangkraf Lorong Rahim Kajai. Kak sharah (mantan editor majalah remaja) orang lama di Karangkraf.
Paling kiri, Puan Sri Diah Shaharuddin, Asnidar penulis buku remaja Mimpi Adif
Sabtu yang lepas bermula awal 8 pagi hingga jam 5 petang saya berkampung di auditorium Karangkraf. Hari tersebut sesi bersemuka penerbit-penulis yang bernaung di bawah payung Grup Buku Karangkraf.
Iaitu Oasis, Alaf21, Buku Prima, Karya Bestari. Kebanyakan penulis ini adalah yang sudah menulis dan buku mereka sudah terbit dan sudah berada di pasaran di bawah terbitan Grup Buku Karangkraf.
Kebanyakan yang hadir sudah tentu ramai penulis hebat, penulis baru dan mungkin beberapa calon penulis. Pengisiannya adalah memberi informasi yang jelas tentang hala tuju grup buku karangkraf dan juga berkenalan dengan lebih rapat dengan senarai barisan belakang tabir Grup Buku Karangkraf bermula dari barisan editorial, operasi, jualan, pemasaran dan seterusnya gerak gempur yang akan bermula dan akan melimpah ke seluruh negara.
Juga apa yang paling penting bagaimana mencerap seberapa banyak yang mungkin pengalaman penulis-penulis hebat dan prolifik seperti Ramlee Awang Mursyid, Dr.Tuah dan ramai lagi.
Ramai kenalan penulis baru. Juga keterujaan saya apabila ditanya seorang demi seorang. Kebanyakan mereka sudah menerbitkan berbelas buku. Setiap penulis cukup saya katakan mempunyai identiti sendiri. Jika diselidik perlahan dan berborak kebanyakannya bukan calang-calang. Inilah membei satu motivasi dan membuka mata saya.
Saya ambil satu contoh sahaja, apabila seorang rakan penulis menceritakan seorang penulis saya namakan 'S' yang menerima royalti pertama berjumlah RM lebih 50 K. Itu adalah manuskrip pertama ya! Bukan mudah dan bukan semua yang mempunyai 'luck' seperti itu. Namun pada saya ia bukan sekadar tuah, tetapi ia mungkin bermula dari cerita belakang tabir yang kita tidak ketahui. Penulis 'S' tersebut kini sudah menerbit dan membuka penerbitannya sendiri.
Bercerita kembali tentang pertemuan tersebut, juga saya mengambill iktibar daripada penulis-penulis lama yang sudah menerbitkan belasan dan puluhan karya dan sudah mampu hidup senang dengan wang royalti. Tetapi mereka tidak hanya sekali berusaha dan mempunyai pengalaman pahit manis sebelum menerima habuan masing-masing.
Saya sangat percaya atas kejujuran dalam menulis, tidak putus asa, rendah diri dan mempunyai identiti tersendiri. Juga memerhatikan gelagat penulis-penulis baru yang boleh diibaratkan seperti artis baru. Mungkin saya masih bertatih dalam penulisan buku, tetapi saya sudah 10 tahun dalam bidang ini, melihatkan pelbagai gelagat dan rencah individu. Ia adalah satu sandaran asas, bagaimana kita mencerap dan menjadikan ia sebagai cerminan bagaimana membawa diri dalam apa juga bidang.
Mari kita lihat ciri-ciri penulis hebat, prolifik dan pendapatan bukan calang-calang. Mereka ini tidak mengejar popular, sebaliknya penulisan mereka sendiri yang membawa mereka ke tengah populariti. Apabila jujur dengan penulisan, diterima pembaca, mereka mempunyai pengikutnya sendiri.
Merendah diri dan kelihatan biasa-biasa sahaja. Apabila menyapa Kak Pah ( Syarifah Abu Salem), beliaulah yang dulu dan begitulah selamanya. Nampak beliau yang biasa-biasa sahaja, tetapi kekuatan dalaman dan kepuyaaan menghasilkan begitu banyak karya itulah yang perlu diserap sebagai satu motivasi kepada diri saya.
Pertemuan sebegini juga penting memberi momentum baru. Tidak sempat berkenalan dengan lebih ramai, kerana merasakan saya ini masih kecil dalam bidang ini. Saya perlu menulis lebih banyak dan lebih produktif. Jika mereka boleh mengapa saya tidak. Dengan kudrat yang masih muda dan semangat berkobar-kobar, saya perlukan gerak gempur bermula dengan diri saya sendiri dahulu. Mari kita mulakan.
Yeehaa...D. Pecutan kuda bermula.
No comments:
Post a Comment