Thursday, May 26, 2011

Jelajah diri

Teks: Masayu Ahmad

Hari cuti sudah bermula hari ini. Kesibukan jalan raya akan bermula malam nanti, begitulah seterusnya dua minggu ini. Saya mahu siapkan satu lagi manuskrip. Kemudian malam nanti atau pagi esok terus ke kampung ayah. Sudah menelefon ayah demam. Demam biasa-biasa sahaja katanya.

Oh, tok ayah sudah sunyi. Jadi sempena cuti ini, mungkin saya balik lama sedikit. Biar sampai tok ayah sudah gembira semula baru pulang ke sini.

Kali ini saya hanya akan bawa buku dan mencatat sahaja. Akan habiskan masa menelaah dan membaca. Menulis menggunakan pen sahaja. Balik rumah ayah, masak mudah-mudah sahaja.

Hakim cuti lama, disebabkan dia sudah semakin lancar membaca, sangat membantu apabila dia yang mengajar Arif. Ringan beban saya. ;D.  Arissa sangat baik, diam sahaja, gelak, tersengih, golek sana, golek sini. Menemankan atuk dan mok mengaji. Memang mudah menjaga Arissa. Aiman banyak kerenah sedikit. Mungkin pada saya Aiman mempunyai perubahan sikap kerana tidak puas hati dengan Arissa.

Kejap merengek, mahu riba, mahu tidur, mahu teh o, tukar lagi air oren, tukar lagi mahu susu. Kejap mahu mandi, mahu tengok tv, mahu game, mahu starfall. Kalau tak sabar memang boleh terjun telaga. Tapi tak apa, Aiman masih kanak-kanak, Saya yang sudah dewasa ini patutnya belajar untuk bersabar. Bukan anak orang lain pun, anak saya sendiri, bukan darah daging orang lain, darah daging sendiri, Takkan mahu senang sahaja kan, sesekali kesabaran perlu diuji. Kalau tak tahan, saya buat tidak tahu sahaja. Lama-lama dia ok, datang sendiri minta maaf. Tapi paling tidak tahan, hanya mahu pakai baju biru sahaja. Ada tiga helai baju kegemaran. Tiga helai itu juga dipakai setiap hari. Punyalah banyak baju. Baju biru sahaja Aiman berkenan. Kalau tak lebih rela tidur tak berbaju. Kadang-kadang apabila saya pakaikan juga, dia tersedar akan bangun dan buang semula baju itu. Lepas itu sambung tidur semula, Sabor aje le...;D

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin