Namanya unik, Pata Senok atau Pantai Senok, senok maksudnya di dalam bahasa kelate sakit perut, senok perut. Saya tidak tahu asal usul kampung. Tetapi rasanya pernah buat kajian sejarah semasa di Tingkatan 2, saya ingat-ingat lupa. Sukar mencari asal usul kg. senok. Tetapi saya bangga menjadi warga kampung ini, pantainya cantik, masih lagi tiada noda, pasirnya putih, oh kampung ku.
Seberang sana adalah Pantai Sabak. Atas batu itulah saya suka duduk-duduk melihat matahari naik dan matahari jatuh. Atas batu itu juga, aktiviti melangkah dan menjejaki batu hingga ke hujung lampu menara atau rumah api bewarna putih. Hujung sekali. Ia menjadi penanda laluan masuk ke sisir pelabuhan kecil nelayan di kampung saya. Batu itulah usai subuh, saya suka menjengah waktu pagi yang segar menghirup udara nyaman. Kalau rajin berjalan pesisir pantai.
Sebelah sana Pantai Sabak. Setiap kali bah dan hujan lebat, kampung sabak dilanda air ombak yang memakan tebing pasit pantai. Kadangkala penduduk sabak perlu berpindah. Ia berlaku setiap tahun. Tetapi saya tidak tahu situasi terkini.
Jika ada kenduri kendara, jiran di kg.sabak tetap dijempur oleh warga pata senok. Betapa bertuah dilahirkan menjadi warga pata senok. Tidak perlu sibuk-sibuk mahu bercuti di tepi pantai, kerana kami sudah memiliki kampung yang permai, pesisir pantai yang putih.
Projek tanam rhu yang sedang giat diusahakan.
Pantai inilah menyaksikan nostalgia semasa usia kanak-kanak, remaja, membesar dan menyimpan pelbagai memori manis. Mandi laut, main hujan musim bah, menunggu nelayan naik di waktu petang, menjemur sotong, berkelah, berlari-lari tepi pantai, 101 memori yang seronok. Tiada di tempat lain, tempat kelahiran sendiri adalah tempat paling seronok untuk diterokai bila-bila masa.
No comments:
Post a Comment