Wednesday, May 4, 2011

Bangun, bangun jangan malas-malas!

Teks: Masayu Ahmad
Blog: http://naufalsayang.blogspot.com/ (Panduan bekerja di rumah, Wahm, Sahm, Soho)
Foto: Google



Arissa masih lagi tergolek molek atas katil. Setiap pagi mengejutkan ibu, usai kenyang lena semula. Memang sedap badan Arissa sekarang, asyik tersengih-sengih kalau di tegur. Semalam baru meniarap sepenuhnya. Tapi kepala masih berat untuk diangkat. Selepas beberapa kali berusaha mula keletihan dan lentok semula.


Itulah kan bayi, tiada erti putus asa dan malas dalam proses membesar. Tidak malas untuk bangun pagi menyusu, tidak malas mengejutkan ibu bangun seawal yang boleh. Siapa yang lebih malas? Ibu lah, aduh letihnya mahu bangkit. Tetapi perlu bangkit juga, banyak tuntutan yang perlu dilunaskan.

Usai mengejutkan Hakim, menjemur pakaian, membantu mertua di dapur. Biasanya saya hanya tolong yang mudah-mudah. Setiap pagi sudah terhidang sarapan. Sangat konsisten mertua, itulah cara orang lama yang perlu diteladani orang muda seperti saya.

Tidak pernah mengeluh penat, setia memasak sarapan, tengahari dan malam. Boleh dibilang dengan jari membeli di kedai. Selangs sehari kadang-kadang hampir setiap hari membeli barang basah. Setiap hari memasak tanpa jemu. Akurnya saya, perlu memasukkan jadual itu dalam rutin harian. Tidak dapat tidak perlu membantu. Nanti jadi menantu hantu. ;P

Proses pembelajaran sentiasa ada jika kita melihat daripasa sisi yang baik. Jika dilihat dari sisi yang kurang enak. Bangun awal pagi, diselubung banyaknya kerja perlu diselesaikan. Takkanlah pula mengundur semula ambil selimut dan tidur semula.

Bangkit buang perasaan malas jauh-jauh, usai separuh rutin selesai. Alhamdulillah selesai juga. Sekarang ini Hakim sudah ke sekolah, Arissa sekejap lagi perlu dimandikan, sarapan sudah siap, mengemas sedikit dan saya perlu menyiapkan kelengkapan untuk berangkat esok. Tiga hari sahaja.

Saya mahu kongsi tiga nilai moral yang perlu saya serap dalam rutin di atas.


Pertama, keluarga adalah produk surirumah atau suami isteri. Jadi anak-anak adalah didikan paling awal dan asasnya pembentukannya yang boleh dilihat hasil 10 hingga 20 tahun ke hadapan.

Ke dua, suri rumah tradisional tiada pilihan mahu membeli di kedai. Mereka tekun menyediakan masakan kasih sayang buat keluarga hinggalah hari-hari tua mereka. Namun ia masih dilakukan dengan penuh kasih sayang. Sebab itulah sehebat manapu masakan restoran mahal atau hotel mewah ia tiada tandingan dengan masakan emak di kampong. Percikan kasih sayang diserap masuk ke dalam adunan masakan dan mendarah daging di dalam diri kita.

Ke tiga, lakukan dengan sempurna dan terbaik. Saya masih ingat pesan arwah emak hingga kini.

“Kalu nok masok, masoklah betul-betul. Hide biar cukup lekap. Denga lauk, nasi, air.”

Maksud emak jika memasak, biar ia masak hingga orang yang makan kekenyangan dan teringat-ingat masakan itu. Menghidang juga tidak boleh ambil mudah, asal hiding sahaja ia perlu ada kreativiti. Walau masakan yang simple sekalipun tetap nampak berselera.

Dapatkan buku Jana RM Dari Rumah di sini- http://www.http//nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/


Dapatkan juga ebook Panduan Bekerja Di Rumah Untuk Wanita di sini - http://www.janawangdirumah.com/

Layari Panduan Kesihatan & Kecantikan; http://www.masayuahmad.blogspot.com/
Sertai saya di facebook - http://www.facebook.com/#!/masayuahmaddotcom

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin