Wednesday, May 25, 2011

Berlari mengapai awan

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Saya masih bergelumang dengan manuskrip serta hiruk pikuk anak-anak. Si comel Arissa sudah gagah meniarap. Cepat sungguh masa berlalu. Sempat tak sempat sudah bergolek, sekejap-sekejap sudah berguling. Mahu snap gambar Arissa pun tidak sempat.

Ok, sekarang sudah 3.37 petang. Sekejap tadi sudah berdesup ambil Hakim. Saya sudah lega Hakim semakin lancar membaca. Jadi sibuk, sibuk pun, nasin baik Hakim mudah mencerap.

Insya-Allah tahu hadapan Arif dan Aiman akan menyusul. Hakim sudah darjah satu. Jadi nanti tinggal saya dan Arissa sahaja. Harapnya masa menulis saya lebih banyak dari sekarang.

Sekarang waktu paling produktf ialan sebelum subuh hingga jam 8 pagi.  Sarapan sudah disediakan ibu mertua, malam giliran saya. Ahad, Selasa, Khamis giliran saya masak tengahari, manakala Isnin, Rabu adalah mertua. Jumaat dan Sabtu kadang-kadang saya masak, kadang-kadang bersama-sama.

Banyak cabarannya untuk tahun ini. Banyak projek penulisan, ia datang juga bersama cabaran.

Ibaratnya larian berhalangan berpagar. Selepas bunyi das tembakan, mula memecut, sampai satu pagar, lompat, lari lagi, ada pagar lagi, lompat lagi, lari, lompat. Ada pagar yang jatuh, ada juga lompatan yang cantik.

Ibaratnya pagar itu adalah cabaran. Bagaimana kita menghadapi cabaran. Jika motivasi adalah tinggi maka pagar itu berjaya dilepasi dengan baik. Jika motivasi merudum, pagar itu juga akan rebah sama. Larian juga perlu konsisten, tidak boleh separuh jalan. Mahu atau tidak perlu teruskan juga.

Apabila kita sudah beranak pinak, sudah tentu kita perlu meneruskan perjuangan meneruskan membesar, mengasuh dan mendidik. Tidak boleh ambil keputusan mahu buang anak, mahu serah kepada orang lain, atau kalau sudah mengandung, putuskan balik tidak jadi teruskan kehamilan.

Begitulah dalam apa sahaja perjuangan, sebagai isteri, ibu kepada anak-anak kita perlu teruskan. Perjuangan saya dalam penulisan, perlu diteruskan juga sebagaimana yang sudah dirancang.

Perkara gembira, atau sebaliknya kita serap sebagai cerminan diri agar melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara.

Sangat penting untuk terus konsisten berlari, melompat dari satu pagar dan pagar. Larian tidak boleh diundur, pagar perlu dilepasi dengan sempurna, malah larian perlu ditamatkan hingga garis penamat. Tidak boleh pura-pura pengsan atau berpatah balik.

Mari kita teruskan apa sahaja perjuangan kita hari ini, untuk matlamat di sini, lebih-lebih lagi untuk di sana

Salam kasih sayang

Dapatkan ebook Panduan bekeja di rumah : http://www.janawangdirumah.com/

Juga buku Jana RM Dari Rumah:

1. Melalui Mall Karangkraf, klik pautan di bawah:


http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581

2.Melalui kedaibuku.com.my, klik pautan di bawah:

http://www.kedaibuku.com.my/index.php?page=shop.browse&option=com_virtuemart&Itemid=3

3. Melalui MPH Online, klik pautan di bawah untuk membeli

http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=detail&pcode=9789675711015

4. Melalui Alaf21, klik pautan di bawah untuk membeli:

http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=537

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin