Teks: Masayu Ahmad
Dalam perjalanan pulang balik dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, separuh perjalanan kepala saya mula berdenyut-denyut sakit. Sakit dan sakit. Kenapa, kenapa? Lama sudah saya tidak sakit kepala begini. Sepapan ubat panadol active five tidak berjaya memgendurkan kesakitan. Berkerut-kerut kepala menahan sakit. Sudah lama betul saya tidak merasai rasa berdenyut begini. Alhamdulillah semalam sudah semakin reda, dan hari ini hampir 100 peratus sudah kebah.
Semangat saya kembali mengebu-gebu. Sebentar lagi mahu ke klinik pakar kulit kanak-kanak. Sejak keluar wad sebulan lepas, Arif-anakanda no 2 belum pulih sepenuhnya. Selepas keluar wad kerana demam, mengalami penyakit kulit dan sudah berlarutan selama 3 minggu. Saya membawa juga Arif ke Kuala Lumpur. Realitinya walau sakit, Arif tetap gembira dan bersemangat. Kasihan sungguh Arif. Insya-Allah saya rasa penyakit ini akan kembali pulih seperti sedia kala. Arif memang kuat semangat. Kerana dia jarang sakit.
Hari ini perasaan saya juga mengebu-gebu, kerana kembali bersemangat menyudahkan beberapa manuskrip lagi. Lagi dan lagi. Selepas beberapa minggu tidak menyentuh manuskrip, saya kembali tegar untuk menyiapkan penuh semangat. Banyak sisi positif yang kembali mencerap ke dalam diri. Doakan agar saya terus bersemangat menyudahkan seberapa banyak manuskrip dan tahun ini lebih banyak judul berjaya diterbitkan. Juga doakan agar anakanda Arif kembali sihat seperti sedia kala.
No comments:
Post a Comment