Saturday, May 21, 2011

Lagi ulasan Jana RM Dari Rumah

Blog: http://artchetak.blogspot.com/2010/05/jana-rm-dari-rumah.html

Ulasan: Puan Durra Mohamed Jamri


Pada 22 November 2009, www.artchetak.com berpeluang muncul di segmen Bekerja Dari Rumah di rancangan Apa Kata Wanita di TV1. Sejak itu, dari semasa ke semasa, saya menerima e-mail dari wanita-wanita, terutamanya kaum ibu yang berhajat untuk mula berniaga secara kecil-kecilan dari rumah. Dengan pengalaman yang amat cetek, rasanya saya bukanlah sumber terbaik untuk memberi nasihat. Yang boleh cuma sekadar pandangan yang tak seberapa berdasarkan pengalaman sendiri.

Agak sukar untuk mendapatkan bahan bacaan yang ditujukan khas kepada kaum wanita bagi isu memulakan perniagaan dari rumah. Kebanyakan yang berada di pasaran adalah di import dari negara barat. Walaupun secara amnya, boleh digunapakai, tetapi masih perlu buku rujukan tulisan anak tempatan.

Alhamdulillah, pada Mei 2010, buku bertajuk Jana RM Dari Rumah berada di pasaran. Buku hasil tulisan Masayu Ahmad, ditulis khas untuk kaum wanita, para ibu bekerja khasnya yang berhajat untuk bertukar kepada status bekerja dari rumah.

Jana RM Dari Rumah bukan sahaja memberi pelbagai idea jenis perniagaan yang boleh di jalankan di rumah, malah, menjelaskan pelbagai perkara yang berkaitan. Terdapat panduan bagaimana untuk mengurus masa, cabaran bekerja dari rumah, pengurusan pemasaran, persaingan dan kewangan turut diterangkan.

Bekerja dari rumah tidaklah semudah yang disangka. Sesiapa yang memasang niat, perlu mendapat maklumat apa yang bakal dihadapi. Insya-Allah semuanya ada di dalam buku ini, begitu juga panduan motivasi diri sekiranya apa yang dirancang tidak membuahkan hasil.

Perkongsian pengalaman Puan Durra ada di dalam muka surat 202 dan 203:

Pemilik produk kreatif: http://www.artchetak.com/

Bisnes dari rumah sepenuh masa, Durra Mohamed Jamri mengusahakan dan menawarkan pelbagai produk kreatif seperti kad perkahwinan, produk untuk majlis keraian, doa selamat, produk sentuhan kreatif seperti kole (mug) dengan lukisan tangan dan pelbagai lagi.

Minat beliau untuk bekerja dari rumah sudah lama ada, cuma belum berpeluang. Selepas melahirkan anak kedua, keinginan semakin kuat, ditambah pula dengan perasaan berat hati untuk keluar bekerja. Selepas berbincang dengan suami, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi memberi fokus kepada anak-anak. Kebetulan bapa beliau memang sudah mengusahaka bisnes dari rumah, menerima tempahan kemeja- T, baju sukan, mug dan sebagainya. Menurut usahawan ini, bapa menjadi pencetus kepadanya untuk mempelajari selok-belok bisnes.
Baca lagi pengalaman Puan Durra dalam buku Jana RM Dari Rumah muka surat 202, 203:


Buku yang berharga RM15 ini boleh dibeli secara online di MPH Online atau Karangkraf Mall.





Beli di buku Jana RM Dari Rumah di melalui pautan di bawah:


1. Melalui Mall Karangkraf, klik pautan di bawah:

http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581

2.Melalui kedaibuku.com.my, klik pautan di bawah:

http://www.kedaibuku.com.my/index.php?page=shop.browse&option=com_virtuemart&Itemid=3

3. Melalui MPH Online, klik pautan di bawah untuk membeli

http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=detail&pcode=9789675711015

4. Melalui Alaf21, klik pautan di bawah untuk membeli:

http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=537

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin