Teks: Masayu Ahmad
Petang-petang begini sangat sedap jika ada keropok lekor dan air teh o panas. Kembali segar bugar, sementara menanti fajar menyinsing.
Ok berbalik kepada topik di atas. Hari ini sudah Ahad, esok sudah Isnin. Hujung minggu sudah hampir habis, bermula semula minggu bekerja yang penuh 'sibuk dan 'kelam kabut'.
Saya percaya petang begini, ramai isteri-isteri yang sibuk membuat persiapan untuk lima hari bekerja. Sama ada menyelesaikan 'gunung pakaian', membantu 'memantau kerja sekolah anak-anak 'menyetereka pakaian' seumpama kedai dobi, juga pilihan bersantai-santai selepas seluruh 'rumah' sudah dikerjakan.
Jika bermula hari bekerja, memang tidak menang tangan dibuatnya. Kerana saya dahulu wanita bekerjaya juga.
Buat suami-suami apa kata
1. Apabila sampai masa pulang, tepat masa sampai di rumah. Ambil peranan isteri, buru-buru ambil semua pakaian kotor dan selesaikan.
2. Ringan beban pertama, apabila pakaian sudah diurus, maka isteri dengan lajunya akan mula memasak masakan makan malam.
3, Buat suami, selesai pakaian, boleh juga ambil penyapu terus kemas rumah, mana yang tidak sempat isteri kerjakan.
4. Jadinya ada masa si isteri menguruskan anak-anak kecil, mahu pun anak-anak sekolah. Waktu petang biasanya, masa yang amat singkat, buru-buru anak-anak dikerah mandi, berpakaian, bersedia untuk solat dan mengaji quran.
5. Buat suami, jika rajin lagi, sudilah mengurut isteri yang keletihan sepanjang hari. Lenguh-lenguh rasa badan menguruskan rumah tanggan sepanjang hari. Itu pun jika sudi. Akan tersebar senyum gembira si isteri, tidak perlu hadiah yang mahal, hanya urutan boleh memberi rasa segar dan bertenaga semula. Pastinya isteri gembira menguruskan rumah tangga keesokan harinya.
Inilah motivasi paling mujarab buat isteri. Jika buat kejutan dan boleh pula berganding bahu bersama-sama, setiap isteri rasa gembira dengan penghargaan yang diberikan. Tiada motivasi terbaik buat isteri, melainkan mendapat suami yang 'ringan tulang. Terima kasih wahai suami yang rajin, ia adalah anugerah yang terindah.
No comments:
Post a Comment