Wednesday, May 18, 2011

Ibu super di mana-mana

Teks: Masayu Ahmad

"Ibu, ibu mahu milo,"

"Ibu, ibu mahu mandi,"

"Ibu, ibu Aiman usik adik," adu Hakim.

"Ibu, ibu, Aiman berak," Aiman mengadu dengan jujur sambil senyum seulas menyatakan lampin sudah basah.

"Uwa, wa, wa, Arif nak milo, sekarang jugak, sekarang jugak!" sambil membaringkan badan dan mula menghentakkan kaki. Sabar ajelah ya. Melayan kanak-kanak riang dan bayi riang.

Ish, ish, ibu gosok kedua pipi. Baru sahaja duduk selesai menyusu Arissa, konon mahu menyambung menulis. Ada lagi yang sahut menyahut.

Kembali ke dapur, siapkan milo ais Arif. Bersegera semula ke meja kerja.

"Ibu, ibu, Aiman nak susu,"

"Pulak, tadi mengapa tak minta,"

Hehe, Aiman tersengeh-sengeh. Sahaja je. Kadang-kadang saya fikir empat beradik ini berkomplot, bersilih ganti panggil ibu. Bergilir melunaskan apa yang mereka mahu. Alih-alih jam sudah petang. Sekejap sahaja masa berdesup.

Kadang-kadang disebabkan rasa geram. Saya kata begini kepada Aiman.

"Ibu tohok Aiman dale lago nok?" (Ibu buang  Aiman dalam telaga)

Ibu mulut sahaja, bukannya sampai hati nak buat. Kata-kata keluar jika geram sangat dengan Aiman.

Waktu puncak dia mula buat hal ialah bermula jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Iaitu selepas Arissa sudah selesai mandi dan tidur semula. Memang 'super sabar' ibu dibuatnya.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin