Tuesday, May 3, 2011

Tangani stres dengan mudah

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Google

Petang-petang senyum lebar apabila ada jualan http://www.janawangdirumah.com/ (ebook). Itulah terapi saya. Walau pakai sarung dan arissa ada sebelah pun, jualan tetap berlangsung. Itu baru terapi bekerja dari rumah. Jika produk terjual, maksudnya wang mengalir ke akaun. Jika tidak ada, maksudnya tidak ada wang.

Semalam, tetap menghulur seperti biasa kepada ayah. Sedikit atau banyak ia bukan menjadi soal. Tetapi yang penting adalah ikhlas dan tahu ia adalah satu caranya agar orang tua sentiasa dihargai. Saya pegang ini, jika ini rezeki ayah, insya-allah Allah salurkan lagi untuk ayah melalui saya. Alhamdulillah, memang ada rezeki petang ini.

Ok. Saya ada terbaca satu entri berkaitan cerita di atas, satu cerita si anak yang sentiasa menghulurkan wang kepada orang tuanya. Dia beri dan beri. Jika terlupa si ayah akan meminta. Walaupun si anak bukanlah berwang tetapi tidak melupakan ke dua orang tuanya. Si anak tersebut terus sukses dan berganda-ganda rezekinya.

Moralnya kita beri kerana ikhlas, bukan beri kerana oh mahu rezeki berganda-ganda. Menyenangkan hati orang tua, sudah tentu memudahkan kita dan mendapat kasih sayang Allah. Dahulukan orang tua dalam apa keadaan sekalipun. Meskipun masih banyak kekurangan, tetapi yang penting sedaya upaya mahu berubah sedikit-sedikit, lama-lama jadi gunung ;D.

Satu lagi perkara yang pernah saya larat. Semasa kali terakhir bersalam dengan arwah emak, menghantarnya pulang ke kampung. Itu adalah pertemuan terakhir, dan arwah kembali ke rahmatullah. Saya tidak mencium tangan dan mohon maaf. Selalunya saya akan cium, minta maaf. Hanya salam sahaja. Selepas itu, memang ralat sampai sekarang.

Apa moralnya? Setiap kali saya turun dari rumah mertua, saya siap-siap salam dan mohon maaf, jika ada apa salah saya. Begitu juga dengan ayah, apabila saya mahu bertolak kembali ke rumah mertua, saya akan mohon maaf. Segera bermohon maaf, mana tahu kan. Mereka atau kita yang akan pergi dahulu. Saya tidak mahu ralat banyak kali.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin