Teks: Masayu Ahmad
Cuti sudah bermula. Semalam sudah ada di kampung ayah. Hanya lima minit sahaja ke pantai. Itulah uniknya kampung ini. Suasana kampung. Dinihari sudah terdengar kokokan ayam jantan. Sahut menyahut.
Kok, kerek kokkkk (macam ada maksud pula jika diselami teriakan ayam-ayam ini.)
Kok kerek kok,
Sekarang ini jam 8.48 masih bersahutan kok kerek kok, macam tahu-tahu sahaja kan. Semalam juga ketika berselisih kenderaan, ada kuda di dalam kandang melalui jalan raya. Kanak-kanak ini biasa sahaja, sedangkan ada satu kereta kancil di depan, anak-anak mereka terloncat-loncat melihat kuda.
Keliling rumah juga, kadang kala ada kambing-kambing yang dilepaskan begitu sahaja oleh tuan empunya. Berjalanlah kambing-kambing ini ke pelosok kampung. Itulah kan, tidak perlu ke zoo semata-mata mahu melihat haiwan. Lihat sahaja pelbagai jenis haiwan yang jinak di pandang, tetapi disentuh jangan.
Oh, ya. Ayah juga ada membela beberapa ekor kucing. Ada lima ekor kucing yang baru dilahirkan. Semalam satu sudah mati, dek di jolok aiman. Aduh kasihan anak kucing itu. Saya tidak menengok kerana tidak sampai hati. Kanak-kanak tiga beradik ini bukannya boleh duduk diam. Berlari ke sana ke mari. Gegeh riud rumah tok ayah.
Dua hari lepas satu insiden yang menyebabkan paha punggung tok ayah terseliuh. Sudah berurut juga, semalam en.suami hantar ke klinik. Demam sudah kebah. Saya bertanya mahu makan apa, hanya sayur lemak sahaja. Kasihanya kerana ayah mahu makan itu sahaja. Puas hati kerana dia makan bertambah.
Orang tua, apabila demam, itu tandanya sunyi. Sekejap sahaja sunyi terubat, demam terus kebah, pabila anak cucu sudah berada depan mata. Saya mungkin lebih lama di sini menemankan ayah. Kebetulan sudah cuti sekolah seminggu atau mungkin dua minggu di sini. Cuti lain tidak lagi penting, selain cuti bersama ayah. Di rumah yang penuh kenangan. Kerana, mungkin hanya dengan ini, meluangkan masa, bercerita dan bersembang, buat pengubat sunyi ayah. Semoga Allah memberi umur yang berkat buat ayah. Berilah saya peluang menjaga dan meluangkan masa untuk bersama ayah. Kerana saya sememangnya tidak sempat berbuat demikian bersama arwah emak. Ketika mereka masih ada, hargai dan gunakan masa sebaiknya masa yang ada. Ayah dan ibu tiada tiga mahupun empat. Mereka hanya satu.
No comments:
Post a Comment