Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google
Masih di sini, berjuang dengan masa melunaskan manuskrip, mengejar tarikh akhir. Berjuang dengan tiga kanak-kanak riang, seorang bayi riang yang semakin montel, suka tersengih-sengih. Berjuang dengan warga emas tenang, meniti hari-hari di usia emas. Bersama berjuang dengan en.suami tersayang agar siapa-siapa di sekeliling mendapat kasih sayang terbaik.
Kadangkala apabila kesibukan 'ribut' melanda, saya selalu mengingatkan hati. Sabar, sabar, sabar. Sambil basuh pinggan pun mahu menangis juga dibuatnya, apakan tidak mengenangkan meja kerja dan manuskrip yang berlumba-lumba menyahut mahu dilunaskan segera.
Namun segera saya sabarkan hati, buat satu-satu. Sabar, sabar, sabar. Itulah ayat penyedap rasa. Apabila rasa kepenatan, saya berlari sebentar merehatkan diri dan hati. Usai tenang, bersegera semula bangkit dan menyambung perjuangan.
Apa lagi saya mahu. Mahu suami, Allah beri, mahu anak, nah berderet-deret juga Allah beri. Syukur, syukur. Mahu kasih sayang orang tua, masih lagi ada ruang untuk berbakti. Mahu anak perempuan, pun Allah beri.
Aduhai betapa tidak bersyukurnya saya. Apabila jiwa memberontak rasa tidak cukup masa, kembali mengambil wuduk dan tenangkan diri. Aduhai kecil sahaja masalahnya. Sungguh propa jiwa saya, heh!
Mari kita teladani ambil pengajaran wanita dulu-dulu.
Basuh kain guna tangan sahaja, mana ada mesin basuh.
Mahu memasak perlu bersusah payah, ambil air di telaga, kayu api perlu dicari.
Kita? Wanita moden, ada peti sejuk yang boleh disumbat banyak makanan. Ada dapur cantik tunggu hanya dipetik sahaja, menyala terus apinya. Tinggal hanya sedikit usaha untuk memasak 'rasa kasih sayang' buat santapan keluarga.
Mari kita niatkan semula, ikhlaskan hati. Insya-Allah segalanya mudah. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
Salam kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/
No comments:
Post a Comment