Saturday, June 4, 2011

ceritera kehidupan

Teks: Masayu Ahmad

Salam kasih sayang, menjelma lagi pagi penuh indah dengan momentum baru. Mahu memulakan manuskrip baru. Mesti kalian muskyil asyik menulis sahaja, mana bukunya, bila terbit. Usai menulis, manusrip masih lagi dalam proses, di tangan editor, proses sunting, desain, proses pra cetak, proses dapatkan isbn, proses itu, proses ini. Jadi sudahnya kerja saya menulis, makana teruskan sahaja menulis, yang lain serah pada yang pakar. Jika sudah hampir siah saya hebah-hebahkan di sini.

Insya-Allah manusrip baru laksana trek baru, perjalanan baru. Selepas seminggu berada di rumah ayah, ada bahan hampir selesai. Jadi saya mahu sambung menulis semula di komputer. Dua kotak barang saya berjaya saya sudahkan. Masih banyak barang, semasa pindah dahulu, ada juga di rumah sana dan di rumah sini. Belum ada kata putus mahu pindah ke mana. Mahu pindah ke tidak, pindah ke tidak. "Tidak sampai hati meninggalkan orang tua bersendirian" maka "kami berada di sini" untuk meriangkan generasi warga emas, yang perlukan tawa riang dan kebisingan suasanan yang mampu memecah kesunyian, sementara menanti hari-demi hari.

Semalam ada tiga kenduri, berjaya ziarah dua sahaja. Satunya rombongan 'belarak' sepupu en.suami. Petangnya, sambut menantu juga belah suami. Balik dengan keadaan keletihan. Suasana di Kelantan tidak ubah seperti musim raya, jalan sesak, sana-sini kenduri. Saya tidak tahu di negeri lain macam mana, mungkin kalian boleh kongsikan bersama saya. Jika mahu berjalan-jalan, batalkan sahaja niat, kerana apabila cuti panjang, maka 'berjujuk' kereta di atas jalan. Sana sesak sini sesak. Aduhai, ramai yang datang ke sini, disebabkan mahu bercuti, juga kebanyakan meraikan 'majlis perkahwinan'. Mana-mana home stay cukup meriah dan penginapan motel, hotel memang penuh.

Ada dua ziarah lagi yang perlu saya lunaskan, satu bapa saudara yang menghidap kanser darah dan juga jangkitan kuman di otak, ziarah ini perlu saya segerakan. Saya sudah ziarah di rumah, kini Pok Ngoh sudah ada di hospital.

Juga ziarah sahabat yang kehilangan pertama hati ketika kehamilan mencecah tujuh bulan. Mahu pergi mengembirakan hati sahabat, ia kehilangan namun ia datang bersama hikmah yang kita pasti tentu ada kebaikan yang terselindung.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin