Tuesday, June 9, 2009

Pilihan untuk kerja di rumah


Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://mot-adg.com

Keluarga, kebebasan kewangan,menjana pendapatan, kebebasan membuat keputusan dan kepuasan adalah beberapa faktor pendorong mengapa anda mula teruja untuk terus berada di rumah bersama keluarga. Berikut beberapa jenis pilihan kerjaya di rumah mengikut citarasa anda.

Study At Home Mama (SAHM)

Memilih bekerja di rumah dengan matlamat utama untuk menguruskan keluarga sebagai fokus utama, manakala pada masa yang sama masih boleh menguruskan kerjaya. Belajar dan menguruskan rumah tangga serentak atau dikenali sebagai Study At Home Mama (SAHM)pilihan untuk mereka yang mahu menyambung pelajaran.

Dalam kes ini, terdapat beberapa pilihan dan insentif sama ada berhenti kerja dan menyambung pelajaran atau mendapatkan penaja untuk menyambung pelajaran. Bagi mereka yang berada dalam organisasi swasta mahupun kerajaan, insentif dalam bentuk biasiswa dan masih mendapat gaji adalah salah satu cara untuk bergelar SAHM.

Working At Home Mama (WAHM)

Menguruskan kerjaya serentak sambil menguruskan keluarga juga salah satu pilihan untuk wanita yang mahu menumpukan dua perkara serentak iaitu karier dan rumahtangga. Terdapat banyak plilan profesion yang kini boleh dilakukan dari rumah, penterjemah, penulis, penceramah, konsultan kesihatan, pakar motivasi, perunding kewangan dan pemilik butik online.

Ianya boleh dilakukan mengikut masa yang fleksibel dan pengurusan masa yang sibuk mengikut pilihan anda.

Small Office Home Office (SOHO)

Berpejabat dari rumah atau memiliki pejabat kecil di rumah juga mempunyai matlamat menguruskan perniagaan yang hanya dilakukan di rumah. Anda kini tidak lagi tergesa-gesa ke pejabat dan hanya memerlukan talian internet sebagai kemudahan kerja anda. Memiliki sebuah bilik khas yang dijadikan sebagai tempat kerja atau work station adalah salah satu cara untuk anda lebih produktif bekerja.

Fotografi, pakar masak (Chef), tukang jahit, sulaman,penulisan,bisnes kesihatan,pendidikan awal kanak-kanak adalah contoh bidang yang menjadikan rumah sendiri sebagai permulaan awal pejabat.

Bagi seorang wanita memiliki anak dan menjaga anak orang lain boleh dijadikan sumber pendapatan. Sekiranya tidak mahu menjadikan rumah sebaga tempat operasi pilih lokasi dikawasn berdekatand dengan rumah. Saya ingin mengambil jiran saya semasa saya menetap di Selayang. Lokasi nurseri atau pusat penjagaan kanak-kanak adalah di depan rumah beliau. Ini memudahkan urusan pentadbiran, operasi dan pemantauan.

Begitu juga halnya dalam fotografi, teman saya, Zaidah Sikun yang dulunya bekerja sebagai penulis kini memilih bidang fotografi sebagai salah satu kerjaya sambilan dan juga kerana mengembangkan bakat dan minat.Beliau hanya menggunakan rumah sendiri sebagai lokasi pejabat dalam menguruskan kerjaya. Ini adalah salah satu cara untuk mengurangkan kos dan menggunakan apa sahaja sumber di sekeliling untuk menjana pendapatan.

Jika anda sangat minat dalam masakan, usahakan untuk mendampingi mereka yang gemar dan pakar memasak. Hadir ke bengkel-bengkel yang sesuai. Kumpul koleksi resepi dan biasakan mengadakan jamuan dan keraian untuk menguji kehebatan diri sendiri dalam bidang masakan.

Contohnya anda sudah mula menjual kuih-kuih sejukbeku di taman perumahan anda. Hadirlah ke bengkel membuat kuih sejuk beku sendiri. Anda hanya mengeluarkan kos kursus, kos membeli peralatan memasak kuih dan peti sejuk beku. Seterusnya anda boleh mula beroperasi dari rumah sendiri. Bukan sahaja membuat jualan produk makanan sejuk beku malah boleh juga mengadakan bengkel untuk wanita-wanita yang minat memasak seperti anda

Bagi yang gemar menjahit, mulakan dengan yang mudah, belajar dengan pakar dan hadir kursus yang perlu. Bidang ini juga sentiasa mendapat permintaan, ambil pesanan menjahit pakaian teman-teman pejabat, rakan terdekat dan juga jiran tetangga. Sediakan bilik khusus untuk ruang menjahit dan menyimpan peralatan jahitan. Belajar sehinga anda menjadi pakar dan boleh menjalankan kelas-kelas jahitan dan sulaman jika sudah ada permintaan.

Pilihan adalah ditangan anda, minat dan keluarga adalah pendorong utama untuk anda keluar dari kepompong zon selesa makan gaji. Semoga sukses.

Bersambung.

2 comments:

MS said...

sangat teringin nak keluar dari kepompong zon selesa makan gaji

tapi lum terjumpa tapak yang sesuai untuk SOHO hu hu hu

Masayu said...

Takpe, survey sampai puas hati. Pilih yang mana sesuai dan minat dahulu. Saya dahulu pun mula sejak mengandungkan Hakim lagi. Lepas bersalin anak ke tiga baru berani keluar dari zon selesa makan gaji.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin